web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MTE 2024 Hubungkan Idea dan Inovasi Untuk Peminat Teknologi 

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 12:43PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peminat teknologi dan pakar industri dijemput menyertai pameran keajaiban teknologi dan perintis penemuan yang mengagumkan pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2024 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dari 22 hingga 24 Februari ini.

Dianjurkan oleh PROTEMP Exhibition and Conferences (PROTEMP), MTE 2024 melangkaui skop acara konvensional yang menjadi platform sebagai hab kerjasama berkembang maju, menyediakan peluang rangkaian yang tiada tandingan dan lokasi untuk prospek pelaburan yang berpotensi.

PROTEMP dalam kenyataan memaklumkan MTE 2024 mentakrifkan semula kebolehcapaian dengan menggunakan format hibrid.

"Sama ada anda jauh beribu batu atau berhampiran sahaja, akses digital memberi jaminan bahawa anda sebahagian daripada simfoni teknologi ini. Pendekatan inklusif ini menandakan komitmen kami untuk melangkaui sempadan, memupuk komuniti inovator dan pemikir global," menurut kenyataan itu.

Ekspo yang dihadiri 5,014 pengunjung dari 17 negara dan mempamerkan 504 inovasi luar biasa tahun lepas, mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Persekutuan Persatuan Pencipta Antarabangsa dan Chinese Innovation And Invention Society (CIIS) tahun ini.

Ekspo kali ini juga mendapat sokongan daripada Eurobusiness-haller, Indonesian Invention and Innovation Promotion Association (INNOPA), Iranian Top Inventors (IRTI), Japan Intellectual Property Association (JIPA), National Research Council Of Thailand (NRCT) dan Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS).

Menurut PROTEMP, nadi MTE terletak pada anugerah inovasi - Anugerah Inovasi Antarabangsa, Anugerah Inovasi Belia Asia dan Inovasi Perkhidmatan Awam Asia - dengan pemenang setiap anugerah akan diumumkan pada ekspo berkenaan.

"Tahun ini, momentum itu diteruskan dengan 354 penyertaan sudah diterima setakat ini. Anugerah berkenaan mempamerkan pelbagai inovasi menakjubkan, melambangkan kemuncak kreativiti dan ketekunan penciptanya," menurut kenyataan itu.

Selain anugerah utama, PROTEMP memaklumkan rakan sokongan juga akan memberikan anugerah khas bagi mengiktiraf inovasi cemerlang yang menandakan kejayaan dalam teknologi dan kemajuan sosial.

Antara tumpuan pameran itu juga ialah Pavilion Hong Kong yang menawarkan kepelbagaian dan kepintaran negara itu, menampilkan teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih, penemuan dalam sains perubatan dan pengalaman ke dunia penyiaran dan pemasaran digital.

Menurut PROTEMP, MTE 2024 turut memaparkan Tech Talks dan pembentangan selama tiga hari yang terbuka kepada semua pengunjung tanpa kos tambahan.

Orang ramai yang ingin menghadiri MTE 2024 secara fizikal boleh mendaftar melalui https://www.ticket2u.com.my/v3/e/34042? fid=239, manakala secara maya di https://mte.ibentos.com/. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

Warga Indonesia Di Malaysia Tunai Tanggungjawab Mengundi Sempena Pemilu 2024

2

Politik 1 tahun yang lalu

Kehadiran DAP Ke Dewan Merdeka Dorong Rakyat, Ahli UMNO Tinggalkan Parti?

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tema Sambutan Maulidur Rasul Ahad Ini ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’

4

Politik 2 tahun yang lalu

Anwar Kembali Semula Ke ‘Kubu UMNO’, Imbau Kenangan Setelah 24 Tahun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'