web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Pensyarah Berputih Mata, Lebih RM1.4 Juta Lesap Ditipu 'Pegawai NSRC'

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 12:35PM

Ramli Mohamed Yoosuf - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Seorang bekas pensyarah kerugian lebih RM1.4 juta setelah terperdaya taktik penyamaran sindiket penipuan kewangan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes terbabit berlaku di Kajang, Selangor pada awal bulan ini dan ia merupakan kerugian tertinggi yang direkodkan bagi kes penyamaran sebagai pegawai NSRC.

Beliau berkata mangsa seorang wanita berumur 61 tahun diarahkan untuk mengikut segala arahan diberikan sehingga membuat pindahan wang ke akaun yang ditetapkan.

"Dalam kes-kes ini, mangsa akan menerima panggilan daripada individu mendakwa pegawai dari NSRC. 'Pegawai tersebut kemudiannya memaklumkan pihak NSRC akan membatalkan nombor telefon mangsa kerana terdapat aduan bahawa nombor telefon itu telah menghantar pautan haram serta mesej penipuan.

"Untuk tujuan siasatan, panggilan kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis," katanya dalam sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.

Beliau berkata komunikasi NSRC adalah berbentuk komunikasi sehala sahaja, ia tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana individu dan sebarang panggilan yang mengaku dari pihak NSRC adalah satu penipuan.

Sementara itu, Ramli memaklumkan, sejak 1 Januari hingga 11 Februari tahun ini, sebanyak 18 kertas siasatan dibuka berkaitan kes penyamaran sebagai pegawai NSRC melibatkan nilai kerugian RM1,490,582.79.

"Bagi mengoptimumkan usaha pembanterasan serta
pencegahan jenayah penipuan dalam talian, Polis Diraja Malaysi (PDRM) menggesa mangsa-mangsa yang terlibat untuk segera menghubungi NSRC di talian 997 bagi melaporkan insiden yang berlaku.

"Sebaiknya, panggilan hendaklah dibuat dalam tempoh kurang 24 jam agar peluang untuk membuat sekatan terhadap wang yang telah dipindahkan lebih tinggi," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi