web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 8:18PM

Keadaan pesawat Gabriel BK160TR yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor, baru-baru ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata, laporan awal siasatan kemalangan udara di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor pada 13 Februari lalu akan diketahui bulan depan.

Dalam kenyataan hari ini, MOT berkata, ia adalah selaras dengan Lampiran 13, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berkaitan dengan siasatan insiden dan kemalangan pesawat.

"Selaras dengan Annex 13 ICAO, laporan awal akan disediakan dalam tempoh 30 hari daripada berlakunya kemalangan diikuti laporan penuh selewat-lewatnya 12 bulan daripada insiden tersebut," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, susulan kemalangan udara membabitkan pesawat Gabriel BK160TR itu, siasatan teknikal sudah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Kementerian Pengangkutan mulai tarikh kejadian kemalangan udara terbabit.

"Berdasarkan siasatan awal, pesawat yang memiliki tanda pendaftaran I-POOC adalah milik Blackshape S.p.A yang juga sebuah syarikat Itali. 

"Sky Media Ltd yang juga sebuah syarikat Hong Kong pula bertindak sebagai pengedar pesawat bagi pihak Blackshape S.p.A untuk rantau Asia Tenggara.

"Sky Media Ltd telah melantik Aviation Safety Technology Pte Ltd (AST), sebuah syarikat Singapura, untuk perkhidmatan pemasaran bagi pesawat Gabriel BK160TR. 

"AST telah melantik juruterbang yang terlibat dalam kemalangan tersebut untuk mengendalikan pesawat Gabriel BK160TR (pendaftaran I- POOC) bagi tujuan promosi kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia," menurut kenyataan itu.

MOT dalam kenyataan itu juga berkata, ketika kemalangan berlaku pesawat Gabriel BK160TR (pendaftaran I-POOC) terbabit mempunyai pensijilan kelayakan terbang (airworthiness certification) yang sah di bawah Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA). 

"Penyiasatan akan diteruskan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan juga mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan," katanya. 

Terdahulu, kemalangan terbabit mengorbankan juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantunya, Roshaan Singh Raina, 42 tahun.

Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih dua meter, di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 petang. - Getaran, 16 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Pesawat United Airlines Mendarat Cemas Selepas Roda Tercabut Semasa Berlepas

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alamak, Tersilap Langkah! Kru Darat Syarikat Penerbangan Jatuh Dari Pesawat

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Insiden Helikopter Terhempas Di Pulau Angsa: 4 Termasuk Juruterbang Selamat - CAAM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

2 Mangsa Disahkan Maut Dalam Insiden Pesawat Terhempas Di Kapar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah