web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Berpaut Pada Lori Dicari Polis

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 12:57PM

Tangkap layar video yang memaparkan seorang lelaki berpaut pada belakang sebuah lori - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mencari seorang lelaki yang berpaut pada belakang sebuah lori, seperti dipaparkan menerusi video tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, mana-mana saksi yang melihat kejadian itu diminta segera hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Menurut beliau, mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017 7573507.

“Polis Kulai semalam sekitar jam 12 tengah hari telah mengesan satu video viral yang dimuat naik di Facebook.

“Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki sedang berpaut di bahagian belakang lori tersebut yang sedang bergerak,” katanya.

Jelas Seng Lee, siasatan mendapati insiden terbabit berlaku 15 Februari lalu sekitar jam 10 pagi di KM35, Lebuhraya Link Kedua menghala ke arah Senai.

“Kejadian tersebut tidak disedari pemandu lori dan dia hanya tahu mengenai perbuatan lelaki terlibat, apabila rakannya menghantar video viral berkenaan. 

“Pemandu lori itu ketika kejadian sedang dalam perjalanan menghala ke Kawasan Perindustrian Senai,” katanya.

Beliau memberitahu, pemandu lori berkenaan yang berusia 36 tahun telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 47(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 17 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi