web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Denggi: Simptom Serius Boleh Membawa Maut

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2024 8:19AM

Semburan atau fogging juga boleh dilakukan untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes - gambar Pusat Perubatan Sunway

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengesanan awal denggi, jangkitan virus berpunca daripada virus denggi (DENV), disebarkan kepada manusia menerusi gigitan nyamuk dijangkiti, adalah penting untuk mengelakkan daripada komplikasi yang boleh membawa maut.

Pakar Perubatan Kecemasan di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Aaron Lai Kuo Huo berkata, pesakit denggi yang mengalami simptom teruk selain sakit kepala, sakit badan biasa, ruam dan sakit di belakang mata, harus mendapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera.

"Orang ramai harus terus memantau tanda-tanda amaran seperti sakit perut, muntah berulang-ulang dan/atau cirit-birit berterusan melebihi tiga kali sehari, mengantuk, sukar bernafas, gusi atau hidung berdarah dan najis berwarna hitam.

"Adalah penting untuk pesakit mendapatkan rawatan segera di jabatan kecemasan atau klinik doktor persendirian bergantung kepada keseriusan dan jumlah pesakit yang datang mendapatkan rawatan," katanya. 

Beliau berkata, demam denggi muncul dengan sakit sendi dan otot teruk yang boleh melarat kepada komplikasi yang membimbangkan seperti demam denggi berdarah atau sindrom kejutan denggi yang boleh mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk, kiraan platelet yang rendah, kebocoran plasma dan kerosakan organ.

Dr Lai berkata, diagnosis biasa untuk demam denggi melibatkan gabungan penilaian klinikal dan ujian makmal dengan simptom yang dikaitkan dengan demam denggi akan dinilai sementara terdapat tiga fasa jangkitan denggi, fasa demam, fasa kritikal dan fasa pemulihan.

Jangkitan dikatakan bermula daripada fasa demam dengan pesakit mengalami demam antara tiga ke lima hari bersama penurunan mendadak kiraan sel darah putih, juga simptom seperti demam, sakit kepala, sakit sendi dan otot.

Fasa kritikal pesakit denggi ialah antara 48 hingga 72 jam dengan pesakit mengalami gangguan peredaran darah berbeza-beza dan dalam beberapa kes pesakit menunjukkan komplikasi serius seperti pendarahan dalaman, pembentukan lebihan cecair dalam paru-paru atau perut, tekanan darah rendah, kegagalan buah pinggang dan hati serta koma yang boleh membawa maut,

Beliau berkata, pesakit akan melalui fasa pemulihan selepas fasa kritikal apabila gejala denggi beransur hilang dan kiraan darah putih kembali ke paras normal, sambil menambah adalah penting untuk pesakit denggi menerima rawatan yang betul dan tepat untuk mengelakkan komplikasi selanjutnya.

Dr Lai juga menasihatkan orang ramai untuk menjaga kebersihan di sekeliling mereka, menghapuskan sumber air bertakung, menggunakan ubat nyamuk mengandungi
diethyltoluamide (DEET) dan memasang kelambu atau skrin nyamuk di rumah untuk mengelak daripada jangkitan denggi.

"Faktor iklim seperti suhu dan taburan hujan mempengaruhi jumlah kes denggi di negara ini.
Suhu yang lebih panas dan peningkatan taburan hujan merupakan keadaan yang menggalakkan pembiakan nyamuk dan pereplikaan virus yang membawa kepada penyebaran yang lebih tinggi," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang