web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fahmi Ulangi Jaminan Keselamatan Sistem PADU

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 5:28PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan perbincangan bersama beberapa pihak termasuk Cybersecurity Malaysia, pangkalan data utama itu tidak mempunyai apa-apa masalah kebocoran data.

"Ada beberapa pihak yang cuba memainkan seolah-olah sistem itu telah dibolosi... itu jauh dari kebenaran dan ini telah disahkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli...kerajaan jamin keselamatan data.

"Insya-Allah data itu selamat, pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malysia, Jabatan Perlindungan Data Peribadi, sebahagian daripada pasukan yang memastikan aspek keselamatan data dan keselamatan siber," katanya ketika ditemui selepas menunaikan Solat Jumaat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Negara di sini, hari ini.

Sebelum ini, Rafizi menafikan sistem PADU digodam berikutan dakwaan kumpulan penggodam dikenali sebagai R00TK1T telah mencuri data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menggalakkan orang ramai untuk mendaftar dalam sistem berkenaan dan turut menjemput orang ramai untuk tidak melepaskan peluang menghadiri Program MADANI Rakyat Zon Tengah bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor, yang sedang berlangsung hingga Ahad.

"Saya lihat ini program yang cukup baik untuk semua, termasuklah sekiranya ada sesiapa yang hadapi apa-apa kesukaran ingin mendaftar PADU, pihak DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia) akan membuka kaunter dan boleh bertemu buat pendaftaran ataupun bertanyakan apa-apa soalan kepada pihak DOSM," katanya.

Terdahulu, Fahmi pada hari ini turut menghadiri makan tengah hari bersama Perdana Menteri di sebuah restoran di sini, bersama bekas pemain pasukan All Black Sonny Bill Williams.

Fahmi berkata, pada makan tengah hari itu Anwar dan Williams sempat berbincang dan bertukar pandangan mengenai beberapa perkara yang boleh diusahakan secara bersama, berkait kemajuan sukan dan pendidikan.

"Ini peluang yang cukup baik dan insya-Allah akan disusuli dengan beberapa pihak...ia kunjungan baik dan saya berharap akan mengukuhkan bukan hanya persahabatan, tetapi juga beberapa peluang, termasuk ragbi dan isu dakwah Islamiah dan ukhwah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

JPDP Siasat Dakwaan Laman Misi Rakyat Digodam

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Dulu Mangsa, Kini Pakar Dapatkan Semula Akaun Telegram Digodam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Telegram Saifuddin Abdullah Pula Digodam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ahli Politik, Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Mangsa Sindiket Godam WhatsApp, Telegram

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi