web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aidilfitri: Panjangkan Tempoh Harga Maksimum Tiket Penerbangan - Persatuan Pengguna Sabah

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 12:02PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tempoh penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri tahun ini, perlu dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu, demikian menurut persatuan pengguna Sabah.

Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berkata, tempoh itu perlu dipanjangkan supaya lebih ramai penduduk dari ketiga- tiga wilayah, mendapat harga tiket penerbangan berpatutan serta tidak melambung tinggi, seterusnya berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya.

Beliau berkata, tempoh tiga hari ditetapkan bagi melaksanakan harga maksiumum tiket penerbangan untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri itu juga, dilihat tidak mencukupi kerana tidak semua boleh bercuti awal dan ada yang terpaksa bekerja semasa perayaan berkenaan.

"Harga maksimum itu (perlu dilaksanakan) seminggu sebelum Hari Raya dan seminggu selepas Hari Raya. Dua minggu. Mana-mana yang tidak dapat bercuti (sebelum) Hari Raya akan pulang (ke kampung) selepas itu.

"Kita minta kerajaan mempertimbangkan kaedah ini, supaya semua (orang Sabah, Sarawak dan Labuan) berpeluang membeli harga tiket penerbangan berpatutan dan tidak mahal. Selain itu, mereka boleh merancang cuti seterusnya membuat tempahan dalam tempoh tersebut," katanya kepada BERNAMA.

Pada 24 Februari, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tempoh perjalanan tiga hari, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Beliau berkata, ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April dan sebarang kenaikan daripada harga maksimum ditetapkan itu, akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari tersebut.

Loke juga berkata, kementeriannya akan meminta pandangan daripada semua pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), untuk mengetahui tarikh sambutan sebenar Aidilfitri sebelum penetapan harga tiket itu dilaksanakan.

Nordin berkata, pelaksanaan harga maksimum tiket penerbangan sempena Aidilfitri itu juga, perlu memberi keutamaan kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan balik kampung, kerana dikhuatiri ada yang mengambil kesempatan daripada penetapan harga tersebut untuk bercuti ke wilayah berkenaan.

Beliau berkata, pengendali syarikat penerbangan juga perlu mengambil kira menggunakan kapal terbang besar bagi menampung lebih ramai penumpang yang balik kampung pada musim perayaan ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah, Kevin Lo Kian Min berkata, langkah kerajaan menetapkan harga maksimum tersebut, dilihat sebagai pendekatan positif untuk mengawal kenaikan harga tiket penerbangan berlebihan menjelang Hari Raya.

Beliau berkata, ini sekali gus dapat membantu memastikan aksesibiliti kepada perjalanan udara bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing, tanpa terbeban dengan harga tiket penerbangan yang tidak munasabah.

"Langkah ini juga mencerminkan kesungguhan kerajaan, untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar," katanya.

Beliau turut menyarankan rakyat Sabah di Semenanjung khususnya, merancang perjalanan pulang ke kampung dengan sebaiknya, termasuk membeli tiket lebih awal, bagi mengelak kenaikan harga tidak dijangka.

"Membuat persiapan awal penting bagi pengguna untuk mendapatkan tiket pada harga berpatutan. Ini termasuk merancang perjalanan, kerana ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk mencari tawaran terbaik seterusnya mendapatkan harga tiket penerbangan lebih rendah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini