web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khidmat Funikular Bukit Bendera Ditutup 5 Hingga 11 Jun

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 1:31PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Perkhidmatan funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dwitahunan kedua tahun ini bermula 5 hingga 11 Jun ini dan akan beroperasi semula pada 12 Jun.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun menerusi pengawasan jurutera pengeluar funikular, Garaventa AG dari Switzerland.

"PBBPP turut menjalankan pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan sistem funikular setiap hari, mingguan dan bulanan, serta pemeriksaan rutin harian selepas tamat waktu operasi funikular Bukit Bendera.

"Penyelenggaraan dan pemeriksaan ini untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan yang ketat," menurut kenyataan itu.

PBBPP memaklumkan sepanjang tempoh penutupan, pengunjung boleh memilih menggunakan perkhidmatan jip kendalian Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera di Tempat Letak Kereta Rifle Club di Taman Botani dengan menghubungi 012-4541 255.

Pengunjung juga boleh menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera semasa tempoh penutupan itu.

Menurut kenyataan itu, untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi PBBPP menerusi talian 04-8288 880 atau e-mel ke inquiries@penanghill.gov.my. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

67 Tahun Merdeka, Jom Kenali Puncak Tertinggi Negara!

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Selenggara Lebuh Raya Dihenti Sementara, Pastikan Kelancaran Perjalanan Pengguna

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Kebocoran Gas Amonia Di Kilang Ramly Burger, Hanya Kerja Penyelenggaraan - Bomba

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kereta Api Funikular Bukit Bendera Alami Kebocoran Hos Brek Trek

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka