web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Lulus RM50 Juta Luaskan Lorong Khas Bas, Beli Van DRT - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 4:37PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan telah melulus dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan perluasan lorong khas bas termasuk pembelian 100 unit van transit atas permintaan (DRT) di Lembah Klang bermula September tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) berkata, kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Lorong Khas Bas Prasarana di Jalan Ampang dan Genting Klang sejak 3 Julai lalu menunjukkan respons yang menggalakkan dari segi penjimatan masa.

"Data menunjukkan berlaku penjimatan masa sehingga 18 minit bagi perjalanan bas di lokasi (destinasi-kee-destinasi) dan atas penjimatan tersebut berlaku penambahan jumlah penumpang secara harian sebanyak 20 hingga 45 peratus.

Justeru, dengan keberkesanan pengurangan masa perjalanan tersebut, peningkatan kekerapan bas dan jumlah penumpang harian, mesyuarat JKMKJR memutuskan untuk mengekalkan laluan khas bas Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pasca mesyuarat JKMKJR Bil1/2024 hari ini.

Mesyuarat turut bersetuju memperluaskan laluan bas khas ke Jalan Klang Lama bermula Jun 2024, dan melaksanakan kajian bagi pelaksanaan lorong bas di Jalan Cheras (Taman Connaught - Jalan Pudu) serta Lebuhraya Persekutuan (Pusat Bandar Kuala Lumpur - Persimpangan Shah Alam).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan sistem penyuraian baharu secara berperingkat untuk lokasi kritikal kesesakan, yang akan dilaksanakan selepas mendapatkan makluman daripada pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, kerajaan juga telah melaksanakan laluan kontra bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, khususnya di waktu puncak dan hasil kajian daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan 88 peratus pengguna lebuh raya yang ditemui bersetuju bahawa laluan kontra berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"(Justeru) Mesyuarat bersetuju untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dan langkah pengoperasian bagi mengelak isu seperti insiden kemalangan hasil pemasangan kon dan penambahan pencahayaan ketika waktu hujan dan gelap," katanya.

Selain itu, beliau berkata, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) akan meneliti cadangan supaya projek pembangunan mengguna pakai konsep berasaskan 'Transit Oriented Development' (TOD) sebagai langkah jangka masa panjang mengurangkan kesesakan jalan raya, khususnya di kawasan pembangunan dan pengoperasian stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Mengenai data berkaitan keselamatan jalan raya, beliau berkata, Malaysia telah mencatatkan jumlah kematian berkaitan lalu lintas sebanyak 6,443 orang pada tahun lalu dengan purata 18 kematian sehari dan daripada jumlah tersebut, 4,480 kematian melibatkan pengguna motosikal.

Mesyuarat JKMKJR antara lain turut membincangkan cadangan lain seperti penyuraian trafik Johor Bahru yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Johor dan bersetuju dengan cadangan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 7.4 kilometer dan penambahan 175 kemudahan hentian bas oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sepanjang tahun 2024 di kawasan Lembah Klang.

"Saya berharap agar inisiatif ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan bagi memastikan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam negara dapat ditingkatkan, seterusnya mampu menarik rakyat untuk beralih kepada penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memenuhi keperluan mobiliti. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Tambang Percuma OKU Untuk Semua Perkhidmatan PRASARANA Mulai 1 Februari - Loke

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Prasarana Tunai Impian Kanak-Kanak Hidap Leukemia Naik Tren 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Perpaduan Serius, Tekad Selesaikan Masalah Prasarana Dengan Segera - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'