web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maktab PDRM Sedia Jadi Hab Pembelajaran Keselamatan Siber - KPN

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 5:03PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menjadikan Maktab PDRM di Cheras sebagai hab pembelajaran dan penyelidikan keselamatan siber dan pencegahan penyalahgunaan bahan terlarang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu antara usaha PDRM mendepani cabaran berkaitan jenayah terbabit yang disifatkan kian meruncing di negara ini, berikutan kelemahan tembok keselamatan (firewall) sehingga berlaku serangan siber hampir setiap hari.

"Maktab PDRM sudah bersiap sedia untuk menjadi pusat bagi penyelidikan dan latihan dalam keselamatan siber serta pembanterasan penyalahgunaan bahan terlarang. Ini akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam memerangi ancaman ini di peringkat serantau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis PDRM Special Dialogue 2024 sempena peringatan Hari Polis Tahun ke-217, di Maktab PDRM yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzi.

Razarudin berkata sekiranya langkah yang perlu tidak diambil mengikut perkembangan semasa, jenayah siber dan narkotik dikhuatiri menjadi lebih serius.

Sehubungan itu, bagi membendung kedua-dua jenayah berkenaan PDRM sedia bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Kita mahu pakar analisis yang dihantar ke Universiti Kebangsaan Malaysia boleh mengkaji bahan (dadah) sampai ke tahap boleh kenal pasti lokasi asal dadah itu sama ada dari Laos, Guatemala atau Mexico," katanya.

Pada majlis itu, PDRM menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan MCMC dan UKM bagi kerjasama strategik yang memanfaatkan pembangunan kapasiti berkaitan jenayah siber dan narkotik.

MoU berkenaan ditandatangani Razarudin mewakili PDRM, MCMC diwakili pengerusinya Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din manakala UKM pula diwakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) Prof Datuk Dr Mohammad Kassim dengan disaksikan oleh Saifuddin Nasution dan Fahmi.

Antara lain perjanjian itu melibatkan inisiatif berkaitan siasatan dan penguatkuasaan termasuk pembangunan bersama silibus, selain menyediakan kepakaran iaitu pegawai MCMC atau PDRM sebagai pensyarah atau penceramah untuk latihan dan penyelidikan yang akan dilaksanakan.

Sementara itu, MCMC dalam kenyataan memaklumkan memorandum antara PDRM dan UKM tersebut membolehkan lebih ramai siswazah dalam kalangan anggota polis yang berfikiran kritis dan berkemampuan dilahirkan dengan mengaplikasikan penggunaan sains kepolisan dalam pekerjaan mereka.

"Selain pemeteraian MoU ini, MCMC juga komited dalam membantu menaik taraf capaian rangkaian di Maktab PDRM dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

"МСМС yakin penambahbaikan kepada liputan rangkaian dapat memberi manfaat kepada anggota-anggota polis khususnya yang mengikuti latihan serta kursus di maktab berkenaan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Balai Polis Beroperasi Seperti Biasa Walau Pintu Pagar Tutup - KPN

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'