web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Anggota Trafik Peras Ugut Warga Singapura: Polis Mohon Bantuan Pejabat Konsulat

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:07PM

Bangunan Sultan Iskandar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis telah membuat permohonan kepada Pejabat Konsulat Singapura di sini, bagi membantu mengesan pemilik akaun Facebook Sage dan Irene Teo berhubung dakwaan peras ugut melibatkan dua anggota polis trafik di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang tular di media sosial.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata, Teo dipercayai diarah membayar 142 dolar Singapura kepada kedua-dua anggota terbabit bagi mengelak dikenakan saman atas kesalahan memasuki laluan lori di tempat pemeriksaan 8A arah Johor Bahru ke Singapura kira-kira jam 8.15 malam Ahad lalu.

Beliau berkata, kejadian itu turut disiarkan menerusi artikel yang dimuat naik di laman sesawang Mothership bertarikh 11 Mac.

"Bagaimanapun, setakat ini, polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa, namun permohonan rasmi ke Pejabat Konsulat Singapura telah dilakukan untuk mengesan pemilik akaun Facebook terbabit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau Insp Suhana Abdullah Sadali di 019-8853599 dan Insp Nizam Ramon di 011-16086119.

"Mana-mana pegawai yang dipercayai melakukan jenayah akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi berlandaskan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Terdahulu, tular dua video berdurasi 1 minit 20 saat dan 1 minit 36 saat yang memaparkan seorang wanita diarah membayar sejumlah wang kepada dua anggota polis trafik dari BSI bagi mengelak tindakan saman atas kesalahan memasuki laluan lori di lokasi tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Bantu Warga Emas, Tabiklah Kat Abang Trafik

3

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Sabar Walaupun Kena Saman

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Op Patuh: Lebih 1,100 Saman Dikeluarkan Terhadap Pengguna Jalan Raya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah