web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Op Gempur Raya: 39 Kompaun Dikeluarkan Terhadap Kilang Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 4:25PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak 97 tindakan, termasuk 39 kompaun berjumlah RM78,000 dikeluarkan terhadap kilang di seluruh negara selepas didapati melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 menerusi Op Gempur Raya setakat semalam.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan susulan pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap 203 premis industri bermula 17 Mac lalu.

Beliau berkata, selain kompaun, JAS turut mengeluarkan 50 notis arahan, lima tindakan penahanan kelengkapan operasi, selain membuka tiga kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan.

"Operasi ini adalah usaha berterusan JAS dalam mencegah berlakunya insiden-insiden pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran air pada musim perayaan," katanya dalam sidang media Op Gempur Raya 2024 di sebuah kilang di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata, antara kesalahan yang dikesan dilakukan adalah pelepasan efluen perindustrian tidak terawat, pelupusan haram buangan berjadual serta melepaskan asap melebihi kadar ditetapkan.

Beliau berkata, operasi melibatkan pemeriksaan premis secara bersasar dan besar-besaran itu membabitkan premis yang dikenal pasti mempunyai tahap pematuhan rendah kepada AKAS 1974 atau sektor industri yang berisiko tinggi mencemarkan alam sekitar.

Nik Nazmi berkata, premis tumpuan adalah melibatkan industri pembuatan produk logam, kertas, galian bukan logam, makanan, kimia, berasaskan getah dan plastik serta produk berasaskan petroleum.

"Tumpuan juga diberikan kepada premis-premis yang terletak di hulu takat pengambilan air", katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Gudang Sorok 180 Tan Beras Tempatan Disita

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Kebocoran Gas Amonia Di Kilang Ramly Burger, Hanya Kerja Penyelenggaraan - Bomba

4

Semasa 1 tahun yang lalu

FMM Sambut Baik Pengumuman Kerajaan Mengenai Peraturan Pengambilan Pekerja Asing

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang