web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 8:24PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi untuk menghadiri mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) yang bermula hari ini sehingga 29 April.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, lawatan kerja Anwar adalah atas jemputan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi dan beliau akan diringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Mesyuarat Khas yang bertemakan 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' akan dihadiri oleh ketua-ketua negara dan kerajaan serta pemimpin industri.

Perbincangan akan tertumpu kepada isu pembangunan mampan, keselamatan tenaga, perdagangan dan pelaburan, serta isu-isu geopolitik semasa.

Perdana Menteri akan menyertai Sesi Panel bertemakan 'Wawasan Baharu untuk Pembangunan Global' bersama pemimpin-pemimpin negara lain semasa Pembukaan Mesyuarat Khas ini.

Selain itu, Anwar akan menyertai 'Joint Regional Strategy Dialogue on ASEAN-Gulf Cooperation Council (GCC)' yang diadakan khusus untuk mengetengahkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 dan Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama dalam sesi ini.

Wisma Putra berkata, Perdana Menteri juga akan menghadiri program Dialog Strategi Negara dan beliau akan berinteraksi dengan pemimpin industri dunia bagi mengetengahkan peluang-peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan di Malaysia.

Sesi ini diadakan khas untuk membolehkan Malaysia mengetengahkan keutamaan strategik dan inisiatif negara, termasuk pertumbuhan ekonomi dan fiskal, serta peluang perdagangan dan pelaburan.

Semasa lawatan kerja itu Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua negara dan kerajaan bagi mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi akan mengukuhkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin dengan Kerajaan Arab Saudi dan pada masa yang sama mempereratkan hubungan persahabatan peribadi di antara kedua-dua pemimpin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad