web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 8:33AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH - Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Mesir, Jordan dan Pakistan di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini, kelmarin.

"Putera Mohammed telah menyebut bahawa beliau akan cuba untuk melawat Malaysia sebelum akhir tahun ini, (tarikh) belum muktamad lagi," katanya.

Anwar berkata, selain mengukuhkan hubungan dua hala Putrajaya-Riyadh, Putera Mohammed menekankan supaya Arab Saudi memberi tumpuan kepada pelaburan skala besar di Malaysia.

"Saya lihat beliau bersungguh-sungguh mahu supaya Malaysia diberi tumpuan dan dalam perbincangan dengan Menteri-Menteri dan syarikat (Arab Saudi) juga, nampak kesungguhan yang sama.

"Saya jumpa Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan (Arab Saudi) semalam pun sebut bahawa arahan itu jelas dan kita harap ini dapat dilaksanakan segera, terpulang kepada kesediaan dan tahap kecepatan kelulusan oleh agensi-agensi Malaysia," katanya kepada media Malaysia di sini semalam pada akhir lawatan kerja tiga hari beliau ke Arab Saudi.

Anwar berkata, beliau telah meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menyelaras perkara itu.

Zafrul yang turut serta dalam sidang media itu berkata, Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr Majid bin Abdullah Al-Qasabi akan melawat Malaysia minggu depan.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perdana Menteri juga berkata, beliau membincangkan konflik di Gaza dengan Putera Mohammed dan menyatakan bahawa isu itu akan tetap menjadi keutamaan Malaysia.

"Saya meluahkan harapan agar negara-negara Islam bersepakat untuk menegaskan bahawa kekejaman Israel di Gaza tidak boleh berlanjutan dan dimaafkan," katanya.

Perdana Menteri turut berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin negara lain antaranya Iraq, Rwanda, Jordan, Pakistan dan Qatar bagi memperkukuh hubungan dua hala terutama dalam bidang perdagangan serta pelaburan.

Perbincangan Anwar dengan wakil beberapa syarikat antarabangsa turut membuahkan hasil positif apabila mereka menyatakan minat untuk melabur di Malaysia antaranya syarikat pembekal tenaga global TotalEnergies yang berpangkalan di Perancis dan syarikat gergasi tenaga boleh baharu ACWA Power yang berpangkalan di Arab Saudi.

Perdana Menteri berada di Arab Saudi bagi menyertai Mesyuarat Khas WEF yang berakhir semalam.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari bermula semalam bertemakan 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' itu dihadiri oleh lebih 1,000 peserta termasuk ketua-ketua negara dan kerajaan selain pemimpin perniagaan serta industri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktah Sebelum Akhir Julai

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah