web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Sindiket Antara 14 Ditahan, Dadah Bernilai RM11.6 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2024 4:32PM

Pengarah JSJN Bukit Aman, Khaw Kok Chin (tiga dari kanan) bersama Ketua Polis Johor M Kumar (tiga dari kiri) menunjukkan kira-kira RM11.6 juta pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam sidang media di IPK Johor hari ini. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan 14 individu, termasuk seorang ketua sindiket dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM11.6 juta dalam tujuh serbuan di sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dua lelaki tempatan, enam lelaki dan wanita warga asing berumur lingkungan 22 dan 52 tahun ditahan antara jam 3.40 petang dan 8.30 malam.

“Dalam operasi ini, JSJN Kontinjen Johor membongkar tempat memproses dan pembungkusan dadah serta merampas pelbagai dadah, iaitu serbuk dan pil ekstasi, syabu, ketamin, pil erimin 5, MDMA (methylenedioxymethamphetamine) serta bahan-bahan kimia untuk memproses dadah itu.

“Anggaran berat bagi semua dadah dirampas ialah 198.54 kilogram dan dadah tersebut boleh digunakan 1.24 juta penagih dadah,” katanya pada sidang media di IPK Johor di sini. Turut hadir Ketua Polis Johor, CP M Kumar.

Khaw berkata selain itu, polis turut menyita enam kenderaan, 14 jam tangan pelbagai jenama, barang kemas, wang tunai RM204,069 serta dolar Singapura SGD22,970 dengan nilai keseluruhan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM1.17 juta.

Beliau berkata modus operandi sindiket yang mula aktif sejak Januari itu, dengan menjadikan kondominium dan rumah teres berpagar serta berpengawal yang disewa sebagai lokasi memproses dan membungkus dadah, sebelum diedar ke pasaran negara jiran melalui jalan darat.

Khaw berkata, sindiket berkenaan didalangi seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun dan lima daripada 12 warga asing ditahan itu, mempunyai rekod dikehendaki di negara masing-masing.

Beliau berkata berdasarkan siasatan antarataktik sindiket terbabit ialah membungkus dadah dalam bungkusan jus minuman, selain mencetak dadah seperti ubat-ubatan, termasuk ubat tahan sakit bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Saringan awal ke atas semua suspek mendapati tiga daripadanya positif dadah. Kesemua individu ini direman tujuh hari bermula Khamis sehingga Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya sambil menambah kewarganegaraan semua 12 warga asing itu masih dalam siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi