web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2024 5:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Seorang akauntan warga emas kerugian lebih RM2.27 juta selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan mengenai pembelian saham yang diiklankan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 75 tahun itu membuat laporan polis semalam dan mendakwa dia mula terjerat dengan penipuan terbabit sejak 19 Disember tahun lepas.

“Mesej WhatsApp berkenaan memberi penerangan tentang cara membuat pelaburan dengan turut menjanjikan keuntungan yang lumayan secara mudah dalam masa singkat.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa mengikut arahan dalam mesej dengan memuat turun satu aplikasi selain dia turut mendaftar bank akaun bagi memantau pelaburan yang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa mula membuat pelaburan menerusi beberapa transaksi bermula bulan lepas sehingga awal bulan ini dengan keseluruhan wang dipindahkan berjumlah lebih RM2.27 juta.

Kumar berkata mangsa kemudian dimaklumkan pihak sindiket bahawa keuntungannya mencapai RM12.9 juta hasil pelaburan dibuat, namun dia diminta membayar komisen RM1.6 juta sebelum boleh mengambil wang keuntungan itu.

“Mangsa enggan membuat pembayaran komisen berkenaan kerana mengesyaki telah ditipu sindiket pelaburan palsu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.– BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Wanita 80 Tahun Rugi Lebih RM10 Juta Terpedaya Skim Pelaburan Kripto

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki