web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Malaysia - Turkiye Setuju Tingkat Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2024 9:36AM

Anwar Ibrahim ketika menerima panggilan telefon daripada Recep Tayyip Erdogan - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Turkiye bersetuju meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Recep Tayyip Erdogan turut berkongsi pengalaman menyatakan kebimbangan kepada pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Menurut beliau, protes tersebut diadakan pada Sidang Kemuncak G7 di Itali yang dihadiri Erdogan baru-baru ini.

“Kesempatan yang ada juga kami gunakan untuk mengulangi komitmen dalam mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan, pelaburan antara kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, mereka berdua turut berbalas ucapan Eid Mubarak selain berharap hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh.

“Saya sempat mengulangi jemputan kepada Presiden Erdogan untuk melawat Malaysia pada Julai atau Ogos tahun ini dan memberi jaminan lawatan ini akan menjadi kitlebih bermakna kerana ia seiring ulangtahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Türkiye pada 17 Jun 1964 serta Perkongsian Strategik 10 Tahun antara kedua-dua negara,” katanya

Dalam perkembangan lain, Anwar memaklumkan beliau telah menerima sepucuk surat daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mengutuskan ucapan Aidiladha.

“Kami senada berpendapat, keamanan dunia bergantung kepada nilai kebersamaan antara satu sama lain sambil menerapkan prinsip kemanusiaan, ihsan serta pengorbanan dalam membina sebuah negara maju.

“Saya juga bersetuju dengan PM Modi yang menyentuh aspek budaya dan warisan turun menurun dalam menghormati satu sama lain perlu terus dijulang dan diraikan di seluruh pelusuk dunia ketika meraikan hari mulia ini,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Anwar turut menitip doa agar Modi diberikan kesihatan yang baik selain hubungan Malaysia dan India terus diperkukuhkan demi manfaat bersama. - Getaran, 18 Jun 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki