web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Miliki Alat Komunikasi Tidak Diperakui, 2 Pengarah Syarikat Didenda

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2024 1:09PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Dua pengarah syarikat didenda oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini, atas pertuduhan memiliki dengan tujuan menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui iaitu walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S dan wireless adapter pelbagai jenama.

Kedua-dua individu itu masing-masing didenda RM5,500 dan RM2,500 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

Orang Kena Saman (OKS) pertama, seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun didakwa atas dua pertuduhan di bawah Peraturan 16 (1) (b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 kerana memiliki dengan tujuan untuk menjual lima unit walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S dan enam unit wireless adapter pelbagai jenama di Lintas Plaza pada 11 Oktober 2023.

OKS kedua pula seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun didakwa atas satu pertuduhan di bawah Peraturan 16 (1) (b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 kerana memiliki dengan tujuan untuk menjual dua unit walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S di Sinsuran Complex pada tarikh yang sama.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan memaklumkan bagi kesemua pertuduhan terbabit, OKS boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

SKMM mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti menjual, memiliki dan menggunakan apa-apa kelengkapan komunikasi yang tidak mempunyai pemerakuan.

"Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk penggunaannya yang boleh mendatangkan impak negatif kepada pengguna," menurut kenyataan itu hari ini.

SKMM menjelaskan penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui boleh mengakibatkan gangguan kepada rangkaian telekomunikasi, kualiti perkhidmatan dan akhirnya mengundang masalah kepada pengguna lain.

Selain itu, kelengkapan komunikasi tidak diperakui mungkin tidak berfungsi dengan baik dan mengakibatkan kualiti perkhidmatan yang rendah dan ketidakpuasan pengguna.

Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan aplikasi "MCMC Check Your Label" untuk menyemak status pemerakuan sesebuah kelengkapan komunikasi sebelum membeli dan menggunakannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

SKKM Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Perangi Buli Siber

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Hantaran Jelik Terhadap Kanak-Kanak, SKMM Rakam Percakapan Pengguna Media Sosial

4

Semasa 3 bulan yang lalu

MCMC Diarah Sekat Penyebaran Maklumat Tak Sahih Kes Zayn Rayyan - Shuhaily

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki