web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Op Khas: JPJ Kesan Sembilan Pemandu Lori Positif Dadah

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2024 6:23PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOPENG – Sembilan pemandu kenderaan perdagangan disahkan positif dadah jenis methamphetamine dalam Operasi Khas Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak.

Pengarahnya Mohammad Yusoff Abustan berkata kesemua mereka ditahan sepanjang 13 hari operasi yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Malaysia Berhad (PLUS).

"Dalam tempoh sama sebanyak 6,247 kenderaan perdagangan membabitkan bas ekspres dan pelancongan turut diperiksa," katanya kepada pemberita semasa operasi di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 581 kenderaan dikenakan tindakan, manakala tiga lagi disita atas pelbagai kesalahan.

"Kesalahan melibatkan tiada lesen memandu, cukai jalan dan insurans selain mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran serta menggunakan cermin gelap," katanya.

Semua kesalahan disabitkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta mengikut Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Beliau turut menasihatkan pengguna membuat aduan berkaitan kesalahan lalu lintas secara terus atau menggunakan aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau emel aduantrafik@jpj.gov.my beserta butiran lengkap aduan. – BERNAMA


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Lupus Kenderaan Buruk, Terbiar Secara Dalam Talian Melalui E-Dereg

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Miliki Dadah Di Perairan Negara, 4 Warga Asing Ditahan 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JPJ Lanjut Tempoh Diskaun Saman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah