web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Pantau Kenyataan, Pendedahan Berkaitan GISBH Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2024 6:18PM

Razarudin Husain - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau sebarang kenyataan yang dikeluarkan individu atau pihak berkaitan di media sosial berhubung GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia berikutan terdapat beberapa pendedahan daripada individu selain bekas dan ahli kumpulan yang mempunyai kaitan dengan GISBH sejak kebelakangan ini. 

Susulan itu, beliau berkata satu pasukan khas daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman diberikan peranan untuk memantau tindakan berkenaan di media sosial.

"Sebarang pendedahan dan maklumat, kita (polis) minta mereka ini tampil bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan susulan fasa keempat Op Global yang dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia semalam dengan 155 orang ditahan dan 186 mangsa diselamatkan.

"Kita fokus kepada perkara ini dahulu sebelum ke fasa (operasi) seterusnya," katanya.

Pada 11 September lepas, polis mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISBH yang didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.

Berikutan itu, pelbagai pihak memuat naik hantaran di laman sosial berhubung pengalaman dan pandangan mereka mengenai fahaman agama termasuk ajaran sesat. - BERNAMA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki