web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Malaysia Gesa Tingkat Kerjasama  Global Holistik Berasas Kemanusiaan 

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2024 8:23AM

Mohamad Hasan ketika berucap di SOTF, New York - Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan komitmen negara terhadap Sidang Kemuncak Masa Depan (SOTF) dan Pakatan Masa Depan, dengan menekankan keperluan mendesak kerjasama global dalam menangani cabaran dunia yang semakin meningkat.

Mewakili Malaysia di SOTF, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 tahun ini, Mohamad berkata: "Konflik dan cabaran menjadi lebih mahal dan lebih membawa maut setiap tahun.

"Daripada ketidakupayaan untuk menghentikan pembunuhan genosid di Gaza kepada kesan perubahan iklim dan jurang yang semakin melebar antara Global Selatan dan Utara, kita mesti menggembleng tadbir urus global holistik berasaskan kemanusiaan."

Mohamad menambah bahawa menangani cabaran yang saling berkaitan seperti keselamatan makanan, pendidikan dan perubahan iklim adalah penting, sambil menyatakan bahawa kemajuan dalam bidang ini di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) masih jauh ketinggalan.

Ini menandakan penampilan pertama Mohamad di UNGA sejak memegang jawatan pada Disember 2023, mewakili Malaysia pada sesi ke-79, yang berlangsung sehingga 30 September.

SOTF yang berlangsung selama dua hari, diadakan pada 22-23 September bertujuan membina konsensus baharu bagaimana sistem antarabangsa boleh memenuhi keperluan generasi semasa dan akan datang dengan lebih baik.

Mengenai perkembangan yang sama, Malaysia juga menggesa diwujudkan Pakatan Pembangunan Hijau untuk merapatkan jurang saintifik dan teknologi antara Global Utara dan Selatan.

Mohamad berkata, bahawa pembiayaan iklim dan bantuan pembangunan adalah penting untuk merapatkan jurang ini. 

"Global Utara tidak boleh meninggalkan Global Selatan," tambahnya, sambil menyatakan menyokong multilateralisme yang didorong oleh sains, teknologi dan inovasi adalah penting untuk menangani isu paling mendesak di dunia.

Mengenai pandemik COVID-19, Mohamad berkata, bahawa di sebalik cabarannya, krisis itu membawa kepada kerjasama global yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam penyelidikan dan kepakaran perubatan.

Beliau menggesa pemerkasaan Global Selatan, dengan membayangkan masa depan yang mereka diiktiraf sebagai perintis dan inovator, bukan sekadar pengguna teknologi.

Malaysia juga menyokong penubuhan Dana Sains Global untuk menggalakkan penyelesaian yang pelbagai dan inovatif terhadap cabaran global.

Mohamad berkata, dana itu akan membantu negara, terutamanya di Global Selatan, membangunkan teknologi untuk menangani perubahan iklim, keselamatan makanan dan pendidikan.

"Ini bukan persaingan, tetapi perjuangan bersama menentang cabaran semasa," kata Mohamad menyeru perpaduan dan kerjasama untuk menangani ancaman bersama seperti krisis iklim dan ketidaksamaan yang semakin meningkat.

Beliau mengulangi gesaan Malaysia untuk transformasi tadbir urus global ke arah sistem multilateral yang inklusif, adil dan berasaskan akauntabiliti. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

2

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

'Free Palestine' Terus Bergema Di Bumi 'Uncle Sam'

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Teliti Kaedah Tangani Krisis Penghijrahan Cendekiawan - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bakar Al Quran Perbuatan Islamofobia, Undang Kebencian Dan Bawa Mesej Berbahaya - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki