web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Wanita Serik Berkunjung Ke Melaka, ‘Peniaga Tolong Jangan Biadab Dengan Pelanggan’ 

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2024 8:45AM

Melaka sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan pelancong, namun ramai yang mengeluh dengan sikap kasar peniaga negeri itu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap negeri di Malaysia ada dialek atau lenggok bahasa tersendiri dan ia adalah antara keunikan yang ada di negara ini.

Tetapi, keunikan itu tidak seharusnya disalah guna sehingga menimbulkan rasa tidak senang pihak lain.

Seorang wanita misalnya, menegur sikap segelintir peniaga di Melaka yang tidak beradab ketika berinteraksi dengan pelanggan.

Berkongsi kisah itu di Thread, Norehan Mohd Akhir berkata, dia faham dengan lenggok bahasa penduduk Melaka yang sememangnya agak ‘kasar’ namun ia tidak seharusnya bersulam kebiadaban.

Sorry ye org Melaka. Jangan marah. Nak tegur sikit peniaga-peniaga Melaka. Aku paham je kalau korang mmg jenis kasau (kasar).

“Tapi dengan customer, tolonglah. Jangan nak jeling-jeling, hempas-hempas barang, arah-arah customer macam kita mintak free, cakap lenting-lenting, tolong ye,” katanya.

Menggunakan akaun @norehanx, beliau memberitahu, pengalamannya selama dua hari di negeri tersebut  boleh dianggap buruk kerana berdepan layanan biadab peniaga hampir setiap masa.

“Dua hari aku kat Melaka, ada satu kedai je aku OK. Kedai Kuih Bakau (Bakar) Kak Buruk. 

“Yang lain, sumpah rasa nak nanges. Dengan mengutuk customer depan customer, dengan buat roll eyes dekat customer, dengan melenting-lenting bila bercakap. Mintak maaf lah. Jgn normalisasikan budaya kasar-kasar ni,” tegasnya.

Jelas Norehan, beliau tidak boleh melupakan insiden dimarahi seorang penjual kuih keria.

“Tak tahu lah staff ke owner. Kedai dia mmg kena Q (beratur), dah lah panas. Sumpah aku cakap je elok-elok. Sebab aku tahu penat org niaga macam mana. Aku pun berniaga tepi jalan bila bulan puasa. Aku paham je kalau korang penat ke apa. 

“Tapi janganlah kau lenting kat customer, arah-arah customer, macam kami ni mintak makanan percuma. Bayar kot,” katanya, kesal. 

Beliau memberi ingatan, peniaga seharusnya sedar bahawa kuasa viral yang menaikkan perniagaan mereka juga boleh menjadi sebaliknya, hanya kerana sikap dan tingkah laku masing-masing.

“Serik dah nak datang Melaka. Maybe lepasni kalau g (pergi) Melaka, aku tapau (bungkus) siap-siap je dari Kajang,” katanya.

Sehingga kini tulisan Norehan itu sudah menerima lebih 50,000 bacaan dan diulang siar lebih 200 pembaca. - Getaran, 23 September 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki