web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2024 12:14PM

Gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan membawa barangan pejabat yang melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer (KM) 202 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan, dekat Sitiawan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada 3.33 pagi, sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan tiba ke lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Beliau berkata pemandu dan penumpang lori yang maut dikenali sebagai Razali Sahad, 48, dan Muhammad Alizzat Narayi, 28.

"Dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang lori itu tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihak bomba telah mengeluarkan mangsa yang tersepit daripada lori berkendan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada 6.05 pagi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

3

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

4

Semasa 4 bulan yang lalu

3 Maut, 6 Cedera Nahas 2 Kereta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki