web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Sep 2024 6:13PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial Mohd Hazalif Mohd Hazani yang turut dikenali sebagai Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah Azhari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 10 pertuduhan salah guna wang derma berjumlah lebih RM1.52 juta sejak Mei 2021 hingga Julai lepas.

Pasangan berusia 30 dan 26 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

"Faham pertuduhan, mohon dibicarakan," kata Mohd Hazalif dan Aisyah Hijanah ketika diminta membuat pengakuan secara berasingan di hadapan hakim.

Mengikut kesemua pertuduhan, mereka didakwa telah mencapai niat bersama untuk secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM1,526,372.16 juta, yang mana wang tersebut antaranya bagi tujuan infak kurma, infak al-Quran, infak pek makanan bagi fakir miskin di Mekah dan Madinah, bantuan banjir di Kelantan dan Terengganu serta set pakaian raya untuk anak yatim.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank dan CIMB Bank di Seksyen 8 dan 9 Bandar Baru Bangi antara 11 Mei 2021 hingga 2 Julai 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Awang Kerisnada membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM50,000 dengan syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu pertama setiap bulan.

"Memandangkan tertuduh pertama telah menyerahkan pasport kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, maka tertuduh kedua iaitu Aisyah Hijanah perlu menyerahkan dokumen perjalanan sama kepada mahkamah di sini, hari ini.

"Kedua-dua tertuduh juga tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi," kata Awang Kerisnada yang kemudiannya menetapkan 27 November ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala pasangan itu diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan.

Pada Jumaat lepas, Mohd Hazalif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan penyalahgunaan wang berjumlah RM63,605.48 yang diperoleh daripada kutipan dua program infak pada April dan Jun tahun ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 3 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki