web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2024 8:00AM

Helaian janggut ini disimpan dalam bekas khas dan bertentangan dengan ajaran Islam - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Helaian janggut yang disimpan di dalam bekas khas adalah antara barang yang dirampas oleh Polis Diraja Malaysia dalam serbuan Op Global fasa empat di sebuah rumah milik pengurusan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Rawang, Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata turut dirampas 455 risalah dan logo berkaitan yang kemudian diserah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tindakan lanjut.

"Helaian janggut, buku dan risalah ini didapati bertentangan dengan ajaran Islam dan dipercayai mempunyai kaitan dengan tarekat Aurad Muhammadiyah dan kumpulan Al-Argam yang telah difatwakan haram pada 1994," katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis di sini. 

Razarudin Husain - Gambar fail
Razarudin Husain - Gambar fail

Beliau juga berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung ugutan terhadap Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi aplikasi WhatsApp berkait isu organisasi itu.

Razarudin berkata Mohd Asri dilaporkan menerima mesej daripada nombor tidak dikenali pada 8.56 pagi kelmarin menyatakan perniagaan milik GISBH tidak dapat ditandingi di negara ini namun perkara itu tidak dilayan menyebabkan pengirim menghantar mesej berbentuk provokasi dan ugutan termasuk perkataan kafir harbi.

"Mohd Asri percaya pesanan WhatApps yang diterima menjurus kepada ugutan jenayah kerana maksud kafir harbi (kafir yang boleh diperangi) adalah menghalalkan darah.

"Susulan itu, mufti berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Kangar pada Sabtu lepas untuk tindakan selanjutnya," kata beliau.

Razarudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Sejak Op Global fasa pertama pada awal September lepas, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan, 572 mangsa diselamatkan manakala tujuh dihadapkan ke mahkamah atas 29 pertuduhan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang Di Muar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki