web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2024 8:09AM

Gambar UMS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tiga pelajar sekolah menengah membuat penemuan penting dalam kajian kulat apabila menemukan Phaeoclavulina cokeri iaitu sejenis kulat karang jarang jumpa di Bukit Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini.

UMS dalam kenyataan memaklumkan penemuan itu dibuat oleh Muhammad Agil Fahmi Mahadimenakbar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon, Muhammad Daniel Ashraff Abdullah (SMK Likas) dan Cleasha Joiee Alfius dari Sekolah Menengah (SM) All Saint.

Mereka menemukan kulat itu ketika menyertai program Friends of BORNEENSIS (FOB 2024), inisiatif yang menekankan pembelajaran langsung tentang biodiversiti anjuran Institut Biologi dan Pemuliharaan Tropika (IBTP), UMS baru-baru ini.

"Rekod baharu Phaeoclavulina cokeri di Sabah ini amat penting kerana ia biasanya ditemukan di Amerika Utara, China, India dan beberapa negara di Asia Tenggara.

"Penemuan terakhir spesies ini yang direkodkan di rantau ini adalah lebih 60 tahun lepas. Penemuan itu mencetuskan keterujaan dalam kalangan penyelidik dan menyerlahkan potensi untuk penerokaan lanjut tentang kepelbagaian kulat di Sabah," menurut kenyataan itu.

Tiga pelajar yang menemui kulat karang jarang dijumpai baru-baru ini - Gambar UMS
Tiga pelajar yang menemui kulat karang jarang dijumpai baru-baru ini - Gambar UMS

Phaeoclavulina cokeri, kulat karang yang terkenal dengan struktur bercabang unik seperti karang, pada asalnya diklasifikasikan di bawah genus Ramaria oleh ahli mikologi British EJH semasa pengajiannya pada 1960-an.

Menurut kenyataan itu, pada 1976, satu semakan taksonomi berdasarkan analisis genetik dan morfologi membawa kepada pengelasan semula kulit tersebut ke dalam genus Phaeoclavulina.

Selain Phaeoclavulina cokeri, beberapa pelajar dalam program sama iaitu Sean Ho Min Jun (SM Lok Yuk Kota Kinabalu), Eory Glory Dharius (SK Rungus) dan Isaac Sin Sang (SMK Likas) turut menjumpai satu lagi spesies jarang ditemukan, Marasmius elegans, yang dikenali sebagai kulat payung terjun baldu.

Mempunyai topi coklat kemerahan dan tangkai keputihan dengan bulu putih di pangkalnya, kulat ini biasanya ditemukan di hutan kayu putih di Australia.

Spesies ini pertama kali digambarkan sebagai Collybia elegans oleh ahli mikologi Australia John Burton Cleland pada 1933 sebelum dipindahkan ke genus Marasmius oleh Cheryl Grgurinovic pada 1997.

Pengarah IBTP Profesor Dr Fiffy Hanisdah Saikim dalam kenyataan sama memaklumkan penemuan itu bukan sahaja memperkayakan pengetahuan tentang kepelbagaian kulat di Sabah tetapi juga menekankan potensi belum diterokai yang wujud di hutan Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki