web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2024 6:12PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH - Dua bekas pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Besut di sini hari ini atas tuduhan mendera seorang bayi perempuan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kampung Raja, di sini awal bulan ini.

Wan Zaharah Wan Mahmud, 50, dan Nuraihan Rozelan, 26, didakwa mencapai niat bersama telah menganiaya bayi perempuan berusia lebih kurang setahun itu sehingga mendatangkan kecederaan fizikal pada lengan sebelah kanan.

Perbuatan itu dilakukan pada 5 Sept lepas pada lebih kurang 9.45 pagi di Taska Sayangku Harma di Kampung Raja, dekat sini.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya dan dikenakan bon berkelakuan baik serta perintah khidmat masyarakat.

Hakim Ahmad Fadhli Mahmud membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Mahkamah juga mengarahkan kedua-dua wanita itu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan serta dilarang mengganggu saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee manakala tertuduh diwakili peguam Ghazali Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki