web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Sep 2024 8:02AM

Hamzah Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran jus dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dan pelbagai jenis dadah lain susulan penahanan seorang lelaki tempatan di sini kelmarin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di parkir kereta di kawasan Jelutong kira-kira 4.25 petang.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas suspek menemukan 11 peket plastik pelbagai warna disyaki dadah jenis serbuk jus (MDMA) anggaran berat 259 gram bernilai RM3,300 dan sepeket plastik lutsinar mengandungi ketamin seberat 12 gram bernilai RM2,400.

"Susulan tangkapan itu pada hari sama, polis kemudian menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan jus minuman MDMA di kawasan Jelutong.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah, polis merampas 1,134 peket plastik pelbagai warna dan 10 balang plastik lutsinar berpenutup dengan setiap satu berisi serbuk dadah jenis MDMA dengan anggaran seberat 37.695 kilogram (kg) bernilai RM560,040," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Hamzah berkata polis turut merampas tiga peket plastik lutsinar dengan setiap satu mengandungi serbuk dan ketulan dadah jenis ketamin seberat 76.8 gram bernilai RM15,360 danl28 biji pil ekstasi seberat 47.45 gram bernilai RM6,400.

Selain itu, turut dirampas 10 biji pil erimin 5 (11 gram) bernilai RM800 dan enam bekas plastik berisi cecair disyaki cecair dadah anggaran berat 47.7 gram bernilai RM1,800 dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM590,100.

Katanya polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Proton X50 bernilai RM90,000 menjadikan jumlah rampasan dadah dan sitaan adalah RM680,100.

Hamzah berkata hasil risikan sindiket dipercayai baru bergiat aktif awal Mac lepas dan saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis benzo/ketamin selain mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) sehingga 30 September depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

3

Semasa 2 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Siapa Pilihan Pengundi?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki