web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kebajikan Masyarakat India Tidak Pernah Dipinggirkan - PM

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2024 8:22AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah meminggirkan hal ehwal kebajikan komuniti India negara dalam sebarang aspek.

Memberi jaminan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambah baikan sentiasa dibuat ke atas setiap aspek penting meliputi pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.

Menurut beliau, adalah penting untuk keharmonian antara semua kaum kekal terpelihara. 

“Sehingga kini sebanyak RM1.5 juta telah disalur untuk bakul makanan sempena perayaan Deepavali. 

“Sebanyak RM20 juta pula disalurkan bagi pembinaan tempat pembakaran mayat atau krematorium di beberapa negeri melibatkan Kedah Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” katanya. 

Perdana Menteri memberitahu, semua amanat dan pengumuman berkenaan disampaikan pada pertemuan dengan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Media Masyarakat India di pejabatnya, semalam.

Jelas beliau, keprihatinan kerajaan MADANI terhadap komuniti terbabit akan diteruskan melalui pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober depan. 

“Ia melalui beberapa program khusus seperti mana yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

“Sebelum ini juga, kerajaan telah menyalurkan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA),” katanya. 

Kerajaan tambah Anwar, turut menambah beberapa dana seperti bantuan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk masyarakat India.

“Moga taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini dapat terus dipertingkatkan di masa hadapan, Insya Allah,” katanya. - Getaran, 25 September 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki