web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa Dikemaskini 4 jam yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2024 3:15PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lelbih dikenali sebagai PU Azman dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lepas.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes dihadapi Azman Syah, 43, pada akhir kes pembelaan.

"Selepas mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan dan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksimum, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. OKT (Orang Kena Tuduh) didapati bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan," kata Noridah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan satu sebatan, masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua, serta memerintahkan hukuman berkenaan berjalan berasingan bermula hari ini.

Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani sesi kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun, selepas selesai menjalani hukuman.

Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut menolak permohonan peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili Azman Syah untuk menangguhkan pelaksandan hukuman berkenaan sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi diputuskan.

Semasa rayuan terhadap hukuman, Mohamad Zahid berkata pihaknya memohon hukuman penjara paling minimum dengan mengambil kira tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kesalahan itu adalah kesalahan pertamanya.

"Tertuduh seorang pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat, antaranya beliau memberi motivasi dan kelas kuliah al-Quran serta memberi ajaran kepada anak muda khususnya untuk celik kepada al-Quran.

“Tertuduh anak bongsu daripada tujuh beradik dan beliau penyumbang utama dalam keluarga serta banyak membantu keluarga yang susah.

"Sekiranya mahkamah memberi hukuman penjara yang lama, ia akan memberi kesan kepada tertuduh dan keluarga," kata peguam itu sambil menambah anak guamnya telah bercerai dan tidak mempunyai anak.

Mohamad Zahid berkata Azman Syah juga telah memberikan kerjasama baik kepada polis dan mahkamah sepanjang proses perbicaraan berlangsung.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul 'Izzati Mohamad, memohon tertuduh dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira keseriusan kesalahan seksual yang dilakukan dan jelas hukuman bagi akta tersebut ialah maksimum 20 tahun penjara.

"Peningkatan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia terutama di Selangor, harus dibendung dengan cara memberi hukuman berat agar dapat memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada masyarakat umum.

"Perbuatan terkutuk ini harus diberhentikan serta-merta. Hukuman berat dapat memberikan mesej jelas dan nyata kepada masyarakat, agar tidak melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 4 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara