web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raja-Raja Melayu Sokong Parlimen Bersidang Secepat Mungkin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 9:34PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mempengerusikan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu yang menghadiri perjumpaan di Istana Negara hari ini menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Parlimen segera bersidang.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata di peringkat negeri pula, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin.

“Kaedah dan prosedur persidangan seperti yang sedang diamalkan di beberapa buah negara yang terbukti dapat mengawal rangkaian jangkitan virus COVID-19, wajarlah diperkenalkan dan diterima pakai di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Syed Danial berkata Raja-Raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

Dalam perjumpaan dengan Raja-Raja Melayu petang tadi, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Perjumpaan itu dihadiri oleh Sultan Terengganu, Sultan Selangor, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Kedah, Pemangku Raja Pahang dan Raja Perlis yang diwakili oleh Raja Muda Perlis.

Sementara itu, Syed Danial berkata Raja-Raja Pemerintah turut menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas sifat baginda mengamalkan budaya bermesyuarah, bersedia mendengar pandangan daripada institusi mewakili rakyat dan pada hari ini mengadakan pertemuan untuk mendapatkan nasihat Raja-Raja Melayu.

“Semangat tersebut adalah selaras dengan budaya syura yang sangat dianjurkan oleh Islam ketika ummah menghadapi sesuatu perkara besar yang memerlukan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata dalam perbincangan tersebut, Raja-Raja telah mencambahkan pandangan dan menzahirkan pendapat secara terbuka dan berterus-terang dalam semangat saling menghormati agar dapat dijadikan bahan panduan dan rujukan Seri Paduka membuat ketetapan. 

Syed Danial berkata Raja-Raja Melayu juga menzahirkan di peringkat negeri masing-masing, baginda-baginda turut menerima menghadap pelbagai pihak yang menyembahkan kebimbangan terhadap keadaan negara ketika ini, selain mempersembah pelbagai cadangan memohon kebijaksanaan Raja-Raja Pemerintah membantu merangka formula penyelesaian untuk meringankan kesusahan yang sedang dihadapi majoriti rakyat.

“Adalah menjadi kewajipan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah di negeri-negeri untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan menghindarkan kemungkinan sebenar ataupun tanggapan berlakunya sebarang penyalahgunaan kuasa,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 7 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global