web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


214 Pengusaha Bas Sekolah Di Kelantan Gulung Tikar, Jual Bas Dan Van

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 4:20PM

Gambar hiasan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seramai 214 pengusaha bas dan van sekolah di Kelantan gulung tikar akibat hilang punca pendapatan sejak Mac tahun lepas susulan penutupan sekolah akibat penularan COVID-19.

Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat berkata rata-rata pengusaha bas dan van sekolah amat terdesak, sehingga ada yang terpaksa menjual bas dan van mereka kerana tiada lagi pendapatan.

Beliau berkata akibat terdesak juga ada dalam kalangan mereka menjual kenderaan berkenaan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, selain menjual kepada peniaga besi buruk dengan harga RM5,000 hingga RM7,000 demi meneruskan kehidupan selain tidak mampu menampung kos operasi.

“Ramai yang tertekan kerana sejak bulan Mac tahun lepas lagi kami tiada punca pendapatan, malah pihak persatuan juga tidak mampu untuk membantu para ahli... Ada yang terpaksa menjual bas dengan harga lebih rendah daripada pasaran kerana tidak mampu menampung kos operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima bantuan daripada Program Sumbangan Musaadah Membabitkan Pemandu Bas dan Van oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood.

Terdahulu 214 pengusaha bas dan van sekolah menerima bakul makanan yang bernilai RM50 yang disumbangkan oleh pihak YADIM Kelantan secara pandu lalu, yang turut dihadiri pengarahnya, Mahadi Awang.

Mengulas lanjut Wan Mohd Nuhairi berkata pengusaha bas sekolah berharap kerajaan dapat membantu mereka, khususnya dari segi memudahkan pinjaman bank.

“Kami memohon pihak yang berkaitan termasuk kerajaan dan kerajaan negeri tampil membantu menyalurkan bantuan kepada pihak persatuan untuk meneruskan kehidupan dan memberi sinar baharu kepada golongan kami seperti bantuan pinjaman melalui bank untuk modal pusingan dan sebagainya.

“Sebelum ini ramai ahli terpaksa membuat pinjaman melalui syarikat kredit kerana bank enggan memberi pinjaman bagi pembelian bas sekolah, malah keadaan itu sekali gus menyebabkan pengusaha bas terpaksa menanggung kadar faedah yang tinggi," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'