web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semakin Aktif, Scammer Kaut Hampir RM800 Juta Sepanjang 2020

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 11:56AM

Zainuddin Yaacob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Ledakan kes baharu wabak COVID-19 sejak tahun lalu hingga mencetuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara masih belum cukup untuk menurunkan indeks jenayah khususnya yang membabitkan penipuan atau scam.

Seiring dengan perubahan arus dunia moden, modus operandi scammer juga turut berubah dalam usaha penjenayah menjerat golongan sasaran yang alpa terhadap taktik-taktik mereka.

Lebih menggerunkan, hasil yang diperoleh sindiket scam berdasarkan laporan diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) semakin meningkat saban tahun walaupun pelbagai kempen dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Pengarah JSJK, Datuk Zainuddin Yaacob, berdasarkan statistik sebanyak 19,867 kes dilaporkan berlaku sepanjang tahun 2020 dengan jumlah keseluruhan kerugian RM786,438,423.

Katanya, ia adalah satu peningkatan berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan kerugian sebanyak RM727,808,514 membabitkan 17,074 kes.

“Tiga kes yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kerugian ini adalah penipuan penjualan tanah (RM243,558,532), pelaburan (RM183,746,758) dan Macau Scam (RM172,676,943).

“Pada tahun sebelumnya, ketiga-tiga modus operandi penipuan sama juga dilaporkan mencatatkan kes tertinggi sepanjang tahun dengan kerugian yang besar,” katanya dalam sesi temu bual khas bersama Getaran baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut Zainuddin, penipuan pembelian atas talian atau e-Dagang menunjukkan peningkatan signifikan pada tahun 2020 iaitu sebanyak 5,848 kes berbanding 3,511  tahun sebelumnya.

“Kerugian yang dicatatkan juga meningkat iaitu daripada RM28.03 juta pada tahun 2019 kepada RM41.2 juta pada tahun 2020.

“Peningkatan mendadak ini berlaku susulan PKP yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu yang menyaksikan rakyat Malaysia secara puratanya membeli barangan menerusi atas talian hingga menyebabkan ada segelintir mereka terjerat dengan taktik penipuan ini.

Trend itu jelas beliau, membuka ruang kepada scammer untuk mengaut keuntungan hasil aktiviti penipuan yang dijalankan.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, faktor utama peningkatan kes scam adalah disebabkan kemunculan teknologi seperti telefon pintar, internet dan penggunaan media sosial secara meluas hari ini.

“Jika sebelum ini modus operandi penipuan dijalankan secara bersemuka namun kita tidak lagi. Segala penipuan dilakukan hari ini hanyalah dengan menggunakan teknologi.

“Berdasarkan kajian, kami juga mendapati golongan yang tidak memahami penggunaan media sosial hari ini adalah mangsa utama kumpulan scammer, sebagai contoh penipuan yang menggunakan aplikasi perbankan dan sebagainya,” jelasnya.

Menurut Zainuddin lagi, sepanjang tahun 2019 sebanyak 8,679 tangkapan dilakukan JSJK terhadap kumpulan atau individu yang menjalankan aktiviti penipuan ini dengan jumlah tertinggi adalah membabitkat kes pinjaman tidak wujud iaitu 2,528.

“Pada tahun 2020, statistik itu meningkat kepada 9,816 tangkapan, dengan jumlah tertinggi turut membabitkan kes pinjaman tidak wujud iaitu 3,019,” katanya. – Getaran, 22 Februari 202i

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi