web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Permohonan Polis Tahan Reman Pengasas 'Sugarbook'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 1:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman pengasas aplikasi Sugarbook bagi membantu siasatan dakwaan laman berkenaan digunakan sebagai platform mencari perempuan simpanan.

Peguam yang mewakili lelaki tersebut, Foong Cheng Leong berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat menolak permohonan pihak berkuasa berkenaan selepas anak guamnya memberi aku janji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata lelaki tempatan berusia 34 tahun yang berasal dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada 4.30 petang semalam di sebuah kondominium di ibu negara.

“Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 372(1)(d) dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan,” katanya.

 Menurut Fadzil, hingga kini sebanyak 74 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes itu.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia berada di kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan sugar daddy paling ramai melalui aplikasi Sugarbook yang menyediakan platform untuk mencari teman janji temu itu.

Susulan aduan orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat akses ke laman tersebut yang turut mendakwa semakin ramai wanita di negara ini, khususnya penuntut universiti, menawarkan diri menjadi sugar baby menerusi laman berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

3

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

4

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini