web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


 Dr Siti Juita Mastura, Wanita Malaysia Pertama Miliki Lesen Juruterbang Dron Profesional

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 2:26PM

Dr. Siti Juita Mastura Mohd Saleh (dua, kanan) bersama pelajar jurusan Aeronautik UTHM menunjukkan antara dron yang berjaya dihasilkan mereka. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Dr Siti Juita Mastura Mohd Saleh menjadi wanita Malaysia pertama memiliki lesen Juruterbang Kawalan Dron Profesional atau ‘Remote Pilot License’ (RePL), yang diiktiraf oleh Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam (CASA), Australia.

Pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu, yang lulus lesen berkenaan pada Disember 2019, menerima pengiktirafan dari CASA awal tahun ini.

Menurut satu kenyataan dari Unit Perhubungan Awam dan Media, Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM, Juita, 39, juga mempunyai kepakaran dalam bidang Struktur dan Reka Bentuk Pesawat, khususnya berkaitan ‘Composite Aerostructures’.

Graduan doktor falsafah Kejuruteraan Aeroangkasa dari Cranfield University, United Kingdom itu, bergiat aktif bukan sahaja dalam bidang penyelidikan malah menjadi penggerak kepada pembangunan pensijilan aeroangkasa, khususnya berkaitan teknologi dron yang kini ditawarkan di UTHM.

Hasil daripada pengalaman pembangunan dron, beliau bersama-sama penyelidik lain juga pernah  menghasilkan satu produk komersial dron pertanian “PINEXRI-20” menerusi projek kolaborasi antara UTHM dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).

UTHM berkata beliau akan terus komited untuk meneruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk aeroangkasa selari dengan hasrat negara untuk memperkasa industri aeroangkasa menjelang 2030. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang