web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boleh Makan Di Restoran Ikut Saiz Meja, Tidak Lagi Terhad 2 Orang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 9:06PM

Orang ramai yang makan di restoran tidak lagi dihadkan kepada 2 orang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mulai esok, orang ramai boleh makan di kedai makan dan restoran mengikut keluasan meja dengan penjarakan fizikal satu meter.

Ia merupakan kelonggaran baharu yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Menurut Ismail Sabri, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rayuan daripada pelbagai pihak.

''Mengambil kira rayuan pelbagai pihak, kita longgarkan syarat-syarat ini. 

Bagaimanapun, saya nasihatkan supaya masyarakat membuat kawalan kendiri, kanak-kanak kecil dan warga emas tidak digalakkan untuk dibawa keluar," katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang dilanjutkan hingga 4 Mac ini.

Berdasarkan SOP di kawasan PKP sebelum ini, hanya dua orang dibenarkan untuk satu meja di kedai makan namun ramai peniaga mengeluh kerana peraturan itu menyebabkan perniagaan mereka merosot.- Getaran 18 Februari 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global