web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Kesan 5 Taktik Baharu Edar Dadah Musim PKP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak Mac tahun lalu, susulan pandemik COVID-19 bukan hanya ‘memaksa’ orang ramai untuk sentiasa berada di rumah masing-masing, tetapi turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Bagaimanapun, PKP dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dilihat masih gagal melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah di negara ini walaupun pergerakan orang ramai dihadkan.

Sindiket terbabit ternyata bijak mencuri kesempatan di celah kesibukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu menangani usaha memerangi COVID-19, untuk meneruskan urus niaga tanpa perlu  bersemuka dengan ‘pelanggan’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, lima modus operandi baharu yang digunakan sindiket pengedaran dadah berjaya dikesan.

Menurut beliau, ia mencakupi penggunaan servis kurier yang menunjukkan peningkatan ketara sejak Mac tahun lalu, apabila sebanyak 84 kes direkodkan dengan 103 tangkapan pada tahun 2020.

“Sehingga Januari tahun ini pula, kita merekodkan lima kes dengan empat tangkapan.

“Aktiviti pengedaran dadah menggunakan servis kurier ini dilakukan dengan menyembunyikan dadah di dalam barang-barang penting dan barang keperluan asas,” katanya.

Razarudin memberitahu, sindiket berkenaan turut berselindung di sebalik sistem pengangkutan penghantaran barangan penting dan keperluan asas menggunakan lori, yang dibenarkan membuat pergerakan merentas negeri atau daerah.

“Pihak JSJN mengesan sindiket pengedaran menggunakan lori yang dikatakan membuat penghantaran barangan penting namun sebenarnya mereka menghantar dadah dan ia dilakukan bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Turut dikenal pasti jelas beliau, ialah kaedah penggunaan perkhidmatan penghantaran e-hailing yang menyembunyikan dadah di dalam bungkusan makanan atau barangan.

“Sepanjang tempoh perintah-perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara, sejumlah 29 kes menggunakan taktik ini berjaya dikesan, membabitkan 39 tangkapan,” katanya.

Razarudin menarik perhatian, sindiket berkenaan juga didapati menggunakan pesta liar di premis peribadi sebagai salah satu usaha membekalkan bahan terlarang, dan ia dibuat bagi menggantikan pusat hiburan yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP.

“Buktinya, kita dapat menahan 1,135 individu setakat ini yang didapati bersalah menghadiri acara seumpama itu,” tegasnya.

Kecanggihan teknologi juga jelas Razarudin, memiliki sisi negatif tersendiri apabila ia disalah guna untuk menjual dadah, khususnya di laman sesawang e-Dagang yang popular di kalangan pelanggan.

“Polis sepanjang Januari tahun ini berjaya menumpaskan 22 sindiket berjaya dengan memberkas 9,323 individu, termasuk 28 penjawat awam.

"Sepanjang tempoh itu, sebanyak 27,623.47 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dan 4,955.61 liter cecair dadah berjaya dirampas dengan keseluruhan nilai berjumlah RM168.26 juta.

JSJN juga katanya, menyita pelbagai aset sindiket dianggarkan bernilai RM26.10 juta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Pihak kami akan sentiasa proaktif dalam menjalankan pemantauan sindiket pengedaran dadah agar tindakan dapat diambil mengikut peruntukan undang-undang.  

“JSJN juga akan sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa lain untuk membanteras sindiket dadah,” katanya. – Getaran, 19 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka