web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aktiviti Keagamaan Di Masjid, Surau Di Sabah Dibenarkan Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 8:06AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Semua masjid dan surau di Sabah dibuka untuk solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat bermula hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kebenaran itu selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Bagaimanapun beliau berkata kebenaran itu tertakluk kepada satu pertiga kapasiti dewan solat utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal, sementara aktiviti lain di masjid dan surau seperti kuliah Maghrib serta solat sunat dhuha juga dibenarkan dan tidak melebihi satu jam pada setiap sesi.

"Kelas agama juga dibenarkan tetapi tidak melebihi tempoh lima jam dan bilangan peserta tidak lebih daripada 20 orang dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata majlis akad nikah juga dibenarkan di dalam dewan atau bilik khas masjid dengan kehadiran tidak lebih 20 orang pada satu masa dengan menjaga disiplin dan mematuhi SOP.

Jamuan dengan makanan dan minuman yang dibungkus turut dibenarkan  manakala had umur kanak-kanak yang dibenarkan hadir ke masjid dan surau adalah 10 tahun ke atas, katanya.

Masidi berkata aktiviti dan program keagamaan di rumah ibadat bukan Islam turut dibenarkan tertakluk kepada satu pertiga kapasiti dewan sembahyang utama dengan pematuhan SOP ditetapkan antaranya merekodkan kehadiran penganut menggunakan aplikasi MySejahtera, Sabahtraces atau mencatat kehadiran dalam buku log yang disediakan.

Selain itu penyediaan kaunter di pintu masuk dewan untuk pemeriksaan suhu badan dan memastikan pergerakan masuk ke dalam dewan mengikut giliran, memakai pelitup muka sepanjang masa dan kerap membersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman, katanya.

Beliau berkata penganut tidak dibenarkan berkumpul di kawasan lapang rumah ibadat termasuklah bersalaman, berpelukan dan mengadakan aktiviti berjadual di dalam dan di luar rumah ibadat seperti kelas keagamaan dan kebudayaan. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global