web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cium Mulut Antara Lelaki Hukumnya Haram - Pendakwah Bebas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Feb 2021 12:27PM

Farid Rashidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Baru-baru ini tular isu seorang lelaki pengasas produk kecantikan memuat naik video mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki di media sosial sehingga menerima perhatian pelbagai pihak.

Terkejut dengan adegan berani itu, ramai pendakwah di Malaysia tampil menyuarakan pandangan mereka dan menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai melampaui batas.

Terpanggil berkongsi pendapat,  pendakwah bebas Farid Rashidi, berkata, public figure seharusnya memberi contoh dan tauladan yang baik untuk masyarakat.

Status sebagai figura dikenali ramai juga katanya, bukan tiket untuk membenarkan segala perbuatan dilakukan.

“Saya memang terkejut dengan video yang tular itu kerana selain menyalahi adab kesopanan masyarakat Melayu, ia turut bertentangan dengan ajaran Islam.

 “Paling membimbangkan, ia seolah-olah semacam satu bentuk sexual grooming di kalangan kanak-kanak dan sudah banyak kes seperti ini berlaku terutama di kalangan pelajar sekolah,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Farid yang juga Pengurus Maahad Darul Fikr itu berkata, sexual grooming atau antunan seksual ialah perbuatan mendekati, berbaik dengan seseorang (mangsa), khususnya kanak-kanak  bagi membina hubungan emosi.

Perilaku ini jelas beliau, bertujuan mengurangkan penolakan terhadap sebarang unsur seksual yang mahu dilakukan terhadap mangsa.

“Secara perlahan-lahan proses itu disusuli dengan penunjukkan tingkahlaku seksual sehingga pelaku sampai ke tahap melakukan jenayah seksual.

“Apabila kelakuan tersebut sudah terbiasa, kanak-kanak akan merasakan perbuatan itu tidak salah sedangkan ia sebenarnya adalah satu jenayah berat di sisi undang-undang,” tegasnya.

Farid yang juga seorang penulis berkata, sexual grooming atau antunan seksual ini boleh menyebabkan pelakunya didakwa di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Ramai yang tidak mengetahui bahawa hukum cium mulut antara sesama lelaki adalah haram disisi agama Islam.

“Imam Ibn Hajar al-Haitami mengatakan bahawa makruh mencium tangan dan kepala sesama lelaki tanpa sebab munasabah,  inikan pula mencium atau bercumbu-cumbuan mulut ke mulut sesama jantina,” katanya.

Perlakuan berkenaan jelas Farid, adalah haram dan dinilai sebagai menjatuhkan maruah, boleh menimbulkan fitnah serta menaikkan syahwat walaupun dilakukan oleh individu yang dianggap soleh.

“Begitu juga hukumnya jika seorang perempuan mencium mulut seorang perempuan yang lain,” jelasnya lagi.

Dari sisi lain, Farid juga berkata sekiranya ada di kalangan keluarga atau kenalan yang terlibat atau membabitkan diri dengan perbuatan seumpama ini, ia perlu dilaporkan kepada pihak berwajib.

“Jangan biarkan budaya sexual grooming yang keji ini merebak kerana ia  dibimbangi akan menyebabkan golongan gay dan lesbian semakin berleluasa.

Terdahulu, satu video memaparkan perbuatan seorang lelaki, dipercayai suspek mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki tular  menerusi akaun TikTok miliknya.

Bagaimanapun, akaun itu sudah dinyahaktif, selepas video berkenaan mendapat kecaman ramai.

Netizen yang berang dengan perbuatan suspek turut mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan kerana ia disifatkan sebagai antara ciri-ciri sexual grooming dan boleh menjurus kepada salah laku seksual di kemudian hari. - Getaran, 19 Febuari 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini