web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasukan Bola Sepak Orang Kudung Perlu Dana Untuk Kelayakan Piala Dunia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2022 9:00PM

Pasukan bola sepak orang kudung Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mereka tidak segah Harimau Malaya, jauh sekali ternama seperti pemain Liga Perdana Inggeris, namun keazaman dan keistimewaan dimiliki cukup menakjubkan.

Biar diri dipalit seribu kekurangan, 15 pemain Persatuan Bola Sepak Orang Kudung (MAFA) bertekad untuk membuktikan ia bukan penghalang.

 “Kami amat teringin untuk membawa dan melihat bendera Malaysia berkibar pada Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Orang Kudung 2022,” kata Fakri Raimi.

Beliau yang juga presiden persatuan berkenaan berkata, mereka sepatutnya terbang ke Bangladesh Mac depan, bagi mewakili Malaysia untuk Kejohanan Bolasepak Orang Kudung Zon Asia Timur.

Kejohanan itu adalah perlu untuk pasukan terbabit layak ke Kejohanan Piala Dunia Sepak Orang Kudung Oktober nanti.

Bagaimanapun Fakri berkata, mereka memerlukan dana tambahan sebanyak RM150,000 untuk menampung segala perbelanjaan, termasuk tiket penerbangan serta tempat tinggal peserta sepanjang kejohanan itu berlangsung.

“Ini adalah kali pertama kita menyertai kejohanan antarabangsa selepas berjaya didaftarkan secara rasmi pada 2019. Piala dunia ini diadakan dua tahun sekali dan asalnya kita nak sertai pada 2020, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hasrat itu dibatalkan.

“Jadi, pada tahun ini, memang kami harap untuk menyertai kejohanan ini. Persatuan ini tidak menerima mana-mana peruntukan daripada kementerian, kerana ia bukan program yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Jadi, kita sememangnya hanya bergantung harap dengan dana dan sumbangan daripada orang ramai,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Jelas beliau, pihaknya akan berusaha mendapatkan dana tersebut dengan mengadakan perbincangan bersama badan korporat dan beberapa syarikat, agar hasrat mewakili Malaysia ke pertandingan itu berjaya direalisasikan.

Fakry Raimy
Fakry Raimy

Fakri berkata, penyertaan kejohanan itu merupakan fasa pertama bagi agenda utama MAFA yang dikenali sebagai Projek Tongkat, dalam memberi kesedaran tentang sukan bola sepak kudung kepada orang awam.

“Fasa kedua adalah untuk kita layak ke Kejohanan Piala Dunia di Turki pada Oktober nanti namun fasa pertama ini harus kita laksana terlebih dahulu untuk Malaysia melayakkan diri ke Piala Dunia.

“Fasa ketiga untuk kita laksanakan perlawanan persahabatan bersama pasukan dari Gaza, Palestin dan menerusi fasa itu, kita akan membawa mereka berlawan dengan empat pasukan negeri sebelum dipertemukan dengan pasukan Malaysia,” katanya.

Lantaran itu, beliau mengharapkan agar orang ramai dapat memberikan sumbangan kepada MAFA dalam memartabatkan acara sukan itu ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya tak mahu menjanjikan bulan dan bintang namun kami akan cuba yang terbaik sehingga negara kita berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Bola Sepak Orang Kudung di Turki. Bila dah layak nanti, kita mengharapkan agar ada orang mampu bantu kita seperti di luar negara.

“Kalau kita lihat di sana, sudah 10 tahun sukan bagi orang kudung dimartabatkan, siap ada liga bola sepak lagi. Pasukan  seperti Arsenal pun, mereka dah ada pasukan bola sepak orang kudung. Jadi, kita perlu naikkan ia juga di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, usaha MAFA itu juga menjadi platform untuk golongan OKU kudung kembali bersosial dan aktif dalam acara sukan bola sepak.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke Tabung Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia melalui akaun Maybank 562106714704. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka