web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Mar 2023 7:15AM

Muhamad Akhyar meraikan jaringannya bersama Mohamad Faisal pada di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Malaysia menutup jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini dengan bergaya, selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini.

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas.

Pan Gon membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama malam tadi, apabila menurunkan Shahrul Mohd Saad serta Quentin Cheng di benteng pertahanan, sementara mempertaruhkan Nooa Laine dan Muhamad Nor Azam Abdul Azih di bahagian tengah.

Pada aksi dihadiri 4,593 penonton itu, pasukan negara bermula perlahan dan bergelut mencari rentak permainan hampir dibolosi seawal minit keempat, selepas tandukan pemain pertahanan Hong Kong Vasudeva Nunez berpunca sepakan penjuru menggegar tiang.

Hong Kong tersentak pada minit ke-18, apabila kesilapan pemainnya Li Ngai Hoi berdekatan kotak penalti membawa padah selepas Mohamad Faisal Abdul Halim, berjaya merampas bola dan melorongkan kepada Muhammad Akhyar Abdul Rashid, yang tenang meledak gol pembukaan pasukan.

Salah faham antara dua pemain pertahanan negara Dion Cools dan Quentin Cheng pada minit ke-34 hampir membawa padah, apabila Poon Pui Hin berjaya memintas bola dan memecut ke arah gawang, namun penyudahnya gagal menemui sasaran tatkala hanya berdepan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, di gawang.

Jaringan kedua pasukan negara hadir pada minit ke-41 menerusi gerakan menarik berpunca hantaran jauh Ahmad Syihan, yang disambar Darren Lok sebelum melorongkan bola kepada Mohamad Faisal yang menggelecek pemain pertahanan lawan, sebelum melepaskan rembatan kencang kaki kiri.

Gol tersebut menamatkan badi tanpa jaringan pemain Selangor itu, selepas gagal mencetak nama sebagai penjaring dalam lima perlawanan Liga Super setakat ini.

Selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, Malaysia terus mengekalkan permainan menyerang di babak kedua, sebelum Mohamad Faisal terlepas peluang keemasan untuk membawa pulang gol peribadi keduanya apabila rembatannya dalam kotak penalti tersasar pada minit ke-55.

Peluang terbaik Hong Kong untuk meledak gol pertamanya hadir enam minit kemudian, selepas pemain gantian Philip Chan yang menerima hantaran cantik Law Tsz Chun, gagal melepaskan rembatan tepat ke arah gawang.

Malaysia memiliki beberapa peluang untuk menambah jaringan di penghujung perlawanan, namun menyaksikan penyudah yang tumpul sekali gus terpaksa berpuas hati dengan jumlah 2-0 untuk kemenangan kedua itu, yang memberi petanda skuad negara berada di landasan tepat menuju Piala Asia 2023.

Sebagai rekod, kejayaan malam ini menyaksikan anak buah Pan Gon berjaya merakam kemenangan kedua berturut-turut berdepan Hong Kong, selepas turut merakam kemenangan 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Jun tahun lepas.

Sementara itu, kekalahan malam ini menyaksikan anak buah Andersen gagal meraih sebarang kemenangan dalam dua perlawanan bulan inim selepas seri 1-1 ketika melayani kunjungan Singapura di Stadium Mong Kok, Khamis lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang