web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mohamad Faisal Lega Kemarau Gol Berakhir

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Mar 2023 9:00AM

Mohamad Faisal sebelum ini mengakui tertekan apabila masih belum berjaya menamatkan badi tanpa jaringan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Pemain sayap negara Mohamad Faisal Abdul Halim akhirnya menamatkan kemarau gol selepas berjaya mencetak nama sebagai seorang daripada penjaring ketika membantu Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 di sini, malam tadi.

Mohamad Faisal yang sebelum ini mengakui tertekan apabila masih belum berjaya menamatkan badi tanpa jaringan, menzahirkan rasa lega dan menganggap ia sebagai permulaan dalam usaha beliau meningkatkan prestasi ke tahap terbaik.

“Sedikit lega tetapi ini adalah permulaan yang baik untuk diri saya sebenarnya. Saya perlu tambah lagi usaha serta perbaiki apa yang kurang dan gol pada malam ini sedikit sebanyak bantu semangat saya untuk teruskan rentak dan sentuhan jaringan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga dan isteri yang sentiasa berdoa, (serta) peminat yang begitu ramai memberi kata-kata semangat dan paling penting rakan sepasukan yang pastikan saya tidak berasa kecewa,” katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong di sini, malam tadi.

Pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, jaringan di babak pertama oleh Mohamad Faisal dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid memastikan Malaysia menewaskan Hong Kong buat kali kedua berturut-turut selepas menang 2-0 pada aksi berstatus sama di Kuala Lumpur pada Jun tahun lepas.

Pemain Selangor berusia 25 tahun itu yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ sebelum ini buntu untuk mencipta jaringan bersama Gergasi Merah dalam lima aksi pertama Liga Super 2023 setakat ini dan kemarau gol ditamatkan pada perlawanan persahabatan antarabangsa malam tadi.

Sementara itu, Mohamad Faisal berkata semua pemain memahami kehendak ketua jurulatih Kim Pan Gon yang mahukan persembahan yang berkualiti dan berintensiti tinggi, namun memerlukan sedikit masa lagi untuk mencapai sasaran itu.

Beliau berkata sesuatu perkara tidak boleh dielak apabila pemain yang hadir menjalani latihan berbeza dan memerlukan masa untuk mengadaptasi corak permainan yang dipamerkan oleh setiap pemain.

“Mungkin ada ketika tidak mencapai apa yang jurulatih mahukan tetapi kita dapat menjalankan tanggungjawab yang baik selepas meraih dua kemenangan pada perlawanan antarabangsa sekali gus meningkatkan lagi motivasi setiap pemain.

“Apa pun, ia belum yang terbaik untuk skuad kebangsaan kerana kita perlu banyak melakukan penambahbaikan dan semua pemain perlu bekerja keras dan tidak boleh menoleh ke belakang malah harus terus bangkit dengan kualiti permainan yang lebih berintensiti tinggi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini