web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerteh FC Terima Sentuhan Oscar Riera, 3 Pemain Miliki Potensi Besar

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 4:29PM

Oscar Riera telah dilantik sebagai Penasihat Teknikal Kerteh FC. - Gambar dari Facebook Kerteh FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada siapa menyangka sebuah kelab ‘kampung’ berhasil menerima sentuhan sebuah akademi bola sepak bertaraf dunia.

Kerteh FC yang berpangkalan di Kerteh, Terengganu membuktikan impian boleh menjadi kenyataan.

Kelab bola sepak komuniti itu berjaya mendapatkan bimbingan RieraSport, iaitu akademi bola sepak yang berpangkalan di Barcelona, Sepanyol.

Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim berkata, kejayaan tersebut dicapai menerusi kerjasama antara kelab berkenaan dan Oscar Riera, yang juga pemilik RieraSport.

Menurut beliau, Oscar Riera telah dilantik sebagai Penasihat Teknikal Kerteh FC.

“Oscar kini berada di Kerteh untuk berkongsi ilmu dan kepakarannya dengan jurulatih dan pelatih kelab tersebut.

"Kerteh FC telah bekerjasama dengan Oscar sejak 1 Mei 2020. Sebagai Penasihat Teknikal, Oscar bertanggungjawab untuk membentuk DNA Kerteh FC dengan menyediakan  metodologi latihan kepada pemain dan jurulatih kelab Kerteh FC,” katanya kepada Getaran.

Oscar adalah anak kepada bekas Kapten Pasukan Kebangsaan Sepanyol dan Kelab RCD Espanyol era 1960-an iaitu Julian Riera.
Oscar adalah anak kepada bekas Kapten Pasukan Kebangsaan Sepanyol dan Kelab RCD Espanyol era 1960-an iaitu Julian Riera.

Mohd Razeman berkata, kerjasama antara Kerteh FC dan Oscar yang melibatkan perkongsian maklumat dan pertukaran pada mulanya berjalan di atas talian susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

“Hanya tahun ini, Oscar berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Kerteh dan bertemu dengan pelajar, pemain dan ibu bapa secara bersemuka, seterusnya memberi taklimat hala tuju pemain pada masa depan,” katanya.

Beliau memberitahu, Kerteh FC merasa amat bertuah kerana mendapat sentuhan Oscar yang juga anak kepada bekas Kapten Pasukan Kebangsaan Sepanyol dan Kelab RCD Espanyol era 1960-an iaitu Julian Riera.

Oscar juga jelasnya, merupakan bekas Pengurus Jabatan Pencari Bakat Antarabangsa Kelab RCD Espanyol.

“Beliau juga pernah menyandang portfolio Ketua Pegawai Eksekutif di 26 buah akademi bola sepak dengan jumlah lebih 8,000 pelatih orang di seluruh dunia termasuk di Eropah, Afrika, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Selatan,” katanya.

Sementara itu Oscar dalam reaksinya selepas turun padang bersama pelatih Kerteh FC berkata, kualiti pelatih Kerteh FC boleh dibanggakan,  khususnya dari segi corak permainan. 

"Secara umumnya saya melihat pelatih mampu menyerap teknik permainan berasaskan DNA yang saya bawa untuk mereka dalam tempoh masa yang singkat.

“Begitu juga dengan barisan kejurulatihan setiap peringkat umur kelab ini yang cukup berkualiti dan memahami metodologi bola sepak yang saya terapkan di sini,” katanya.

Muhammad Haziq Zahid
Muhammad Haziq Zahid

Tambah Oscar, beliau turut tertarik dengan corak permainan tiga pelatih Kerteh FC yang disifatkan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Pemain yang saya maksudkan ialah Muhammad Hafiq Aiman Mohd Zaid, Muhammad Haziq Zahid dan Muhammad Fariz Juprizal.

“Saya merancang untuk membawa ketiga-tiga pelatih tersebut bermain di dalam sistem bola sepak remaja di Sepanyol, jika ada mana-mana pihak di negara ini yang sudi menaja kos mereka di sana,” katanya. 

Muhammad Fariz Juprizal
Muhammad Fariz Juprizal

Untuk rekod, Kerteh FC sebelum ini menjadi Juara Liga Perdana dan Juara Piala Liga Amatur Terengganu (TAL) 2019.

Dengan status sebagai pasukan Liga M5, Kerteh FC turut memiliki Skuad Akar Umbi pelbagai peringkat umur bermula dari Bawah 6 Tahun.

Kerteh FC bakal menyertai di Liga Bola sepak Terengganu Bawah 12 Tahun, Bawah 17 tahun dan pasukan utama yang dijangka bermula pada Julai nanti. 

Pasukan Bawah 8 Tahun, 10 Tahun, 12 Tahun B, 14 Tahun dan 16 Tahun pula akan menyertai Liga Suparimau 2023 musim B yang akan bermula pada Jun depan. - Getaran, 28 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi