web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tepati Sasaran 33 Emas, PM Ucap Tahniah Untuk Kontinjen APG 2023

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 7:05AM

Reaksi penyokong Malaysia mengangkat poster ‘33 Emas’ sebaik pasangan Chee Chaoming- Brady Chin memenangi pingat Emas menerusi acara beregu Lelaki Kelas 9 di Table Tennis Hall, Stadium Morodok Techo, malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan pasukan negara menepati sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja nyata menggembirakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi kegembiraan itu di Twitter, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia.

Beliau menerusi ciapan sama turut optimis barisan atlet negara akan terus mempamerkan kecemerlangan untuk tiga hari terakhir.

“Tahniah kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

“Berbaki tiga hari lagi sebelum upacara penutup, saya percaya atlet kita akan terus pamer aksi cemerlang di Kemboja,” katanya.

Selepas mencatatkan persembahan hambar pada temasya Sukan SEA bulan lalu, pencapaian membanggakan atlet para negara itu sedikit sebanyak berhasil mengubat kekecewaan.

Emas ke-33 itu dikutip menerusi aksi mantap beregu ping pong lelaki (kelas 9 - masalah keseimbangan ringan), Chee Chaoming- Brady Chin.

Mereka menewaskan pasangan Filipina, Linard Combras dan Benedicto Hernandez dalam perlawanan yang diadakan di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja.

APG yang merupakan temasya dwitahunan dan diadakan selepas Sukan SEA bakal berakhir Jumaat ini.

Setakat semalam, Malaysia yang mengutip 33 pingat emas, 27 perak dan 18 gangsa itu kekal berada di tangga keempat di belakang Vietnam.

Vietnam memungut 36 emas, 37 perak dan 56 gangsa untuk berada di tangga ketiga.

Mendahului senarai ialah Indonesia dengan 99 emas, 83 perak dan 54 gangsa, diikuti Thailand pada kedudukan kedua (75 emas, 71 perak dan 48 gangsa).

Selain beregu ping-pong, sembilan pingat emas yang dikutip Malaysia semalam disumbangkan oleh kem renang, kontinjen olahraga dan boccia individu wanita. 

Pasukan negara semalam turut meraih 10 pingat perak dan lima gangsa. - Getaran, 7 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad