web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skuad Bola Sepak Cerebral Palsy Negara Terima Kejutan, PM Hadir Ucap Tahniah

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 12:28PM

Skuad bola sepak cerebral palsy negara bersama Anwar Ibrahim - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas meraih pingat emas untuk menewaskan Indonesia pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) di Kemboja, skuad bola sepak cerebral palsy negara beroleh kejutan istimewa semalam.

Ia susulan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencuri sedikit masa di sebalik kepadatan jadualnya semalam, untuk bertemu mereka.

“Semalam saya berkesempatan bertemu skuad bola sepak para Cerebral Palsy negara yang memenangi pingat emas di temasya APG menewaskan Indonesia.

“Saya ucap tahniah kepada mereka dan berharap agar prestasi cemerlang ini dapat diteruskan,” katanya, menerusi hantaran ringkas di Facebook.

Pada hantaran sama, Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan tahniah untuk kontinjen Malaysia kerana mempamerkan aksi yang sangat baik sepanjang temasya berlangsung.

Kontinjen para negara yang diwakili 144 atlet menamatkan cabaran kali ini dengan cemerlang apabila meraih 50 pingat emas, 38 perak dan 28 gangsa untuk menduduki tangga keempat.

Juara keseluruhan kekal menjadi milik Indonesia yang merangkul 159 pingat emas, 148 perak dan 94 gangsa, sekali gus memegang gelaran itu buat kali keempat selepas edisi Solo 2022, Myanmar 2013 dan Kuala Lumpur 2017.

Thailand menghuni tangga kedua dengan meraih 126-110-92, diikuti Vietnam (66-58-77).

Temasya APG 2023 yang diadakan di Kemboja berakhir 9 Jun lalu.

Thailand akan menjadi tuan rumah edisi ke-13 di Nakhon Ratchasima dari 20 hingga 26 Januari 2026 dan ini merupakan kali kedua APG diadakan di Nakhon Ratchasima selepas edisi 2008. - Getaran, 11 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini