web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

Sukan Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 2:51PM

Harimau Malaya bakal beraksi di Pestabola Merdeka esok dengan wajah baharu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang perasmiannya disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Waktu operasi perkhidmatan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam Sabtu, bagi menyemarakkan lagi semangat sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan Pestabola Merdeka 2023 yang akan berlangsung esok.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan, inisiatif lanjutan perkhidmatan ini adalah sebagai tanda sokongan Rapid KL terhadap pasukan negara serta penyokong Harimau Malaya dalam memastikan kemudahan pengangkutan awam tersedia, di samping mengurangkan kesesakan di sekitar kawasan stadium pada hari perlawanan nanti.

"Penyokong disaran menggunakan fasiliti ‘Park N Ride’ di stesen-stesen rel terpilih bagi memudahkan perjalanan tanpa perlu menempuh kesesakan trafik serta kesulitan dalam mencari parkir di kawasan stadium.

"Penyokong juga digalakkan menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) yang sama bagi mendapatkan kadar rata bagi bayaran parkir," menurut kenyataan itu.

Rapid KL turut menasihatkan penyokong supaya menggunakan kad TnG dan memastikan baki pada kad adalah mencukupi atau membeli token perjalanan pulang lebih awal bagi kelancaran perjalanan pergi dan balik.

"Waktu operasi bagi stesen-stesen integrasi juga akan dilanjutkan, manakala stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa. Bagaimanapun, penumpang masih boleh keluar di stesen-stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan ke destinasi akhir," katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, penumpang boleh melayari laman web www.myrapid.com.my serta laman sosial Twitter dan Facebook MyRapidKL. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global