web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jamin Kualiti Padang SNBJ, PSM Guna Tenaga Pakar Untuk Konsert Ed Sheeran

Sukan Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 8:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil langkah proaktif dengan menggunakan khidmat tenaga pakar Labosport dalam mempersiapkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk konsert Ed Sheeran malam ini dan perlawanan kelayakan Piala Dunia
2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman pada
26 Mac ini.

Menurut kenyataan PSM hari ini, sebagai langkah awal, pihaknya telah memindahkan rumput seluas 1,900 meter persegi di padang itu bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema "World Tour" Ed Sheeran.

"Rumput yang telah dipindahkan kini diberi jagaan intensif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum.

"Selain itu, PSM bersedia untuk menggunakan rumput dari tapak semaian sekiranya perlu. Tapak semaian sedia ada mempunyai keluasan rumput melebihi 2,000 meter persegi untuk menampung keperluan padang SNBJ," menurut kenyataan itu.

PSM mengeluarkan kenyatan itu susulan kerisauan orang ramai terhadap permukaan padang selepas konsert artis antarabangsa itu memandangkan skuad Harimau Malaya akan menggunakan gelanggang sama bagi menghadapi saingan Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Menurut PSM, pihaknya akan segera melakukan kerja
membongkar peralatan daripada konsert berkenaan sejurus selepas ia berakhir diikuti kerja-kerja di
padang.

Isu permukaan padang yang rosak sebelum ini pernah menjadi topik perbualan hangat selepas persembahan band ternama dari British Coldplay, 22 November tahun lepas hingga mengganggu perjalanan final saingan Piala Malaysia 2023. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad