web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 8:07AM

gambar FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia gagal melunaskan dendam kekalahan di Muscat selepas tewas 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Kekalahan kedua dicatat skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon itu selepas kecundang 0-2 di tangan Oman minggu lalu menyukarkan misi Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2027 lebih awal dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Omer Al Malki menjaringkan gol pembukaan Oman selepas penyerang itu menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung separuh masa pertama, sebelum pemain simpanan Mohammed Mubarak Al-Ghafri melengkapkan kemenangan Red Warriors pada masa tambahan babak kedua perlawanan.

Pada aksi malam tadi, Pan Gon membuat tiga pertukaran dalam kesebelasan utama yang tewas di Muscat dalam misi mengutip sekurang-kurangnya satu mata dengan menurunkan pemain pertahanan kanan, Muhammad Azam Azmi Murad; pemain tengah, Mohamed Syamer Kutty Abba dan penyerang, Darren Lok.

Sementara, Oman yang berkeyakinan membawa pulang kemenangan mengekalkan kesebelasan utama yang hampir sama apabila hanya membuat satu pertukaran dengan ketua
jurulatihnya, Jaroslav Silhavy menurunkan penyerang, Jameel Al Yahmadi.

Malaysia mempunyai peluang keemasan untuk mendahului seawal minit pertama apabila pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi merampas bola daripada ketua pasukan Oman, Mohammed Al Musalami dan belari ke dalam kotak penalti, namun rembatannya terkena kaki penjaga gol, Ibrahim Al Mukhaini.

Giliran Oman terlepas dua peluang terbaik dari jarak dekat selepas rembatan Jameel Al Yahmadi tersasar ke sebelah kiri gawang pada minit kesembilan sebelum tendangan deras Omer tepat ke dada penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed pada minit ke-18.

Ketika perlawanan sedang rancak, Muhammad Azam terpaksa diusung keluar pada minit ke- 25 selepas mengalami kecederaan ketika cuba merampas bola daripada pemain lawan dan digantikan dengan Daniel Ting.

Gawang negara cemas pada minit ke-35 apabila Muhsen Saleh Al Ghassani menerima hantaran Jameel, tatkala ketua pasukan Dion Cools terjatuh ketika sedang mengejar, namun Ahmad Syihan bertindak pantas menutup ruang untuk menidakkan gol pertama Oman.

Ahmad Syihan kemudian melakukan tampanan penting apabila menyelamatkan rembatan Salaah Al Yahyaeitry pada minit ke-42 diikuti rembatan susulan Muhsen yang melambung tinggi sebelum menolak keluar bola tandukan Muhsen pada minit ke-44.

Namun, penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menjadi punca gol pertama pasukan ranking dunia ke-80 itu selepas beliau menjatuhkan Muhsen dalam kotak penalti pada masa tambahan separuh masa pertama dan Omer dengan tenang menyudahkan sepakan untuk meletakkan pasukan 1-0 di depan.

Gawang Malaysia nyaris dibolosi buat kali kedua apabila rembatan leret dari luar kotak penalti Salaah hanya singgah di tiang pada minit ke-52 sebelum perlawanan bertukar menjadi sedikit tegang memasuki 30 minit terakhir permainan.

Barisan pemain negara berjaya mengawal emosi dan mengubah rentak permainan menjadi lebih positif dalam usaha memburu gol penyamaan, namun bergelut untuk membuat hantaran tepat di dalam kotak penalti, sementara Oman terlepas dua peluang melebarkan kedudukan di hujung perlawanan.

Bagaimanapun, kealpaan benteng pertahanan negara membawa padah selepas Mohammed Mubarak yang tidak dikawal, tenang menolak bola hantaran Abdullah Fawaz untuk menjaringkan gol kedua Oman pada masa tambahan separuh masa kedua.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan ketiga Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, manakala Kyrgyzstan yang mengatasi Taiwan 5-1 pada satu lagi aksi malam ini, kekal di posisi teratas selepas mengumpul sembilan mata diikuti Oman kedua yang turut mengumpul sembilan mata sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Selepas ini, anak buah Pan Gon akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad