web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Mar 2024 8:22AM

Aksi Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon ketika perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi. gambar FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Pan Gon bagaimanapun menyifatkan kekalahan kedua itu bukan satu pengakhiran buat anak buahnya yang kini perlu mengharap keajaiban pada baki perlawanan kelayakan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

"Ini perlawanan yang sangat sukar..sebagai ketua, sebagai jurulatih, mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami tidak dapat beri anda kebanggaan, maksud saya keputusan yang lebih baik.

" Kami masih mempunyai dua lagi perlawanan jika ada keajaiban kami masih mempunyai peluang. Lebih baik jangan berputus asa dan kita akan berjuang sehingga ke akhirnya." katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pengendali dari Korea Selatan itu dalam masa sama optimis para pemain negara mampu menggunakan peluang sebaiknya untuk mempamerkan kebangkitan sekembalinya mereka ke pangkuan kelab masing-masing apabila saingan Liga Malaysia (Liga-M) membuka tirai Mei ini.

Sementara itu, jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui kunjungan anak buahnya ke SNBJ mendatangkan cabaran sukar dibandingkan pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan sebelum ini di Muscat minggu lalu.

Katanya, berbekalkan semangat sepasukan berjaya menjelmakan keputusan seperti diinginkannya.

Kekalahan kedua berturut-turut dengan keputusan sama dengan Oman menyukarkan misi Malaysia untuk untuk layak ke Piala Asia 2027 lebih awal dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan ketiga kumpulan dengan mengumpul enam mata, manakala Kyrgyzstan yang mengatasi Taiwan 5-1 pada satu lagi aksi malam ini, naik kedudukan teratas dan berkongsi sembilan mata bersama Oman yang menghuni tangga kedua.

Taiwan tercorot tanpa sebarang mata selepas empat perlawanan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Wisma Putra Pantau Rapat Insiden Tembakan Masjid Di Oman

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang