web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontroversi Keputusan Triathlon: Syed Saddiq Mohon Maaf, Akui Kesilapan

Sukan Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2024 3:16PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas dikecam bertalu-talu kerana didakwa menipu keputusan pada Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 yang disertai, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya tampil memohon maaf.

Katanya, berlaku kesilapan pada keputusan yang diperoleh, justeru beliau mengambil tanggungjawab atas segala kontroversi yang berlaku.

“Walaupun saya telah membuat semakan semasa pertandingan dan sudah memaklumkan kepada pasukan teknikal, sebagai peserta saya sepatutnya lebih bertanggungjawab.

"Saya meminta maaf kepada komuniti triathlon. Benar, saya adalah orang baharu. Selepas berbincang dengan pihak penganjur dan wakil teknikal, saya menggugurkan nama saya adalah keputusan terbaik,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Jelas mantan Presiden MUDA itu, penganjur juga telah dimaklumkan mengenai isu tersebut dan mengakui ia adalah kesilapan yang tidak disengajakan

“Saya berjanji selepas ini akan lebih berhati-hati dan akan berkerja lebih rapat dengan komuniti (triathlon) dan akan menjadi lebih baik kerana sukan ini adalah minat saya," katanya.

Pada pertandingan yang diadakan di Desaru, Johor dua hari lalu, Syed Saddiq mencipta kejutan apabila muncul sebagai pemenang ketiga setelah mencatatkan masa 2 jam 31 minit.

Kejayaan itu kemudiannya dikongsi di Instagram, tetapi pantas menerima respon peserta lain yang mempertikaikan keputusan berkenaan.

Hantaran Joshua – Gambar X
Hantaran Joshua – Gambar X

Menggunakan akaun @joshua.izham, dia mendakwa, Syed Saddiq berada di belakangnya sewaktu disiplin renang dan basikal.

“Apa yang awak banggakan sangat? Saya bersama awak dalam perlumbaan yang sama dan tahu awak di belakang saya ketika disiplin renang. Awak juga tidak pernah memintas saya ketika disiplin basikal, tapi bila berlari, awak tiba-tiba di depan. Bagaimana ia boleh terjadi? Dah jelas awak hanya berbasikal untuk dua pusingan 60 kilometer (km) sahaja dan tak melengkapkan tiga pusingan iaitu 90 km,” katanya.

Semakan Getaran selepas itu mendapati, nama Syed Saddiq sudah digugurkan dari senarai pemenang.

Hantaran mengenai kemenangannya yang dikongsi di Instagram juga sudah dipadamkan. – Getaran, 10 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Politik 6 bulan yang lalu

Jelajah PN Bukti Syed Saddiq Seorang Oportunis - Sumber

3

Politik 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'